Anggota DPN kali ini bejumlah 111 orang dengan pertambahan 10 wakil Ulama setelah proses pemilihan wakil Ulama semasa Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM pada bulan Mei yang lalu.
Persidangan DPN kali ke-10 bagi sesi 2010-2014 ini bersidang pagi tadi bermula dengan Ucapan Dasar Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang bertajuk “Mengejar Cita-cita Menggalas Masa Depan Yang Mencabar”, yang menekankan pemerkasaan IKRAM sebagai gerakan Islam yang menggerakkan perubahan dalam masyarakat.
Selepas itu, Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin membentangkan Perancangan IKRAM bagi menilai pencapaian IKRAM berdasarkan beberapa indikator seterusnya membentangkan laporan tahunan Setiausaha Agung.
Kemudian, persidangan diteruskan dengan pembentangan laporan Jawatankuasa IKRAM Pusat 2011/2012.