Persiapan untuk Menerajui Kepemimpinan Masyarakat dan Mendaulatkan Syariah

Di hadapan 101 orang ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM yang bersidang pada hari ini, Dr Parid menegaskan, “Kita akan mampu memperkuatkan IKRAM dan mempersiapkannya dengan segala keupayaan yang diperlukan untuk membolehkannya menghantar kepemimpinan umat yang terbaik bagi menerajui kepemimpinan negara dan mendaulatkan syariah, (sehingga) negara berkembang maju dan keadilan dapat ditegakkan ke atas semua.”

 

Namun Presiden IKRAM menegaskan, bagi mencapai cita-cita ini, ahli-ahli IKRAM perlu membuat tiga persiapan. “Kita perlu memperhebat usaha-usaha ke arah (pertama), meningkatkan jumlah ahli dan kualiti mereka bagi menampung keperluan guna tenaga yang akan meningkat, (kedua) meningkatkan tabungan dana terkumpul yang boleh digunakan sewaktu diperlukan dan (ketiga) meluaskan capaian pengaruh IKRAM dan sokongan massa kepadanya (IKRAM).”

Menurut Presiden, ketiga-tiga perkara tersebut perlu dihasilkan melalui seluruh usaha IKRAM yang akan membolehkan IKRAM berupaya membuat kemajuan-kemajuan besar dalam membina kekuatan yang diperlukan supaya perjuangan berlangsung seperti yang direncanakan dan segala ringatan dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya.

Bagi tujuan tersebut juga, Presiden mengumumkan bahawa perancangan strategik IKRAM atau lebih dikenali sebagai Rancangan IKRAM (RI) bagi tahun 2016-2019 akan dibangunkan setelah RI 2012-2015 berakhir pada hujung tahun ini.

Dr Parid mengulangi keyakinannya bahawa semua inisiatif yang sedang dan yang akan dibuat (oleh IKRAM) akan mengangkat IKRAM ke kedudukan memimpin perjuangan Islam di Malaysia dalam aspek-aspek strategik yang akan mewarnai perjalanan negara dan kehidupan rakyat.

   

Dewan Perwakilan Nasional kali ini bersidang sebagai Persidangan Tahunan yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Mei 2015. DPN kali ini membentangkan laporan tahunan aktiviti-aktiviti IKRAM daripada Pejabat Presiden, Pejabat Setiausaha Agung dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM yang memimpin 22 buah portfolio.

DPN juga menerima ikrar seorang ahli DPN yang baru mewakili negeri Johor iaitu Sdr Faizul Amri Adnan bagi menggantikan Sdri Khairul Sozana Nor binti Kamarudin yang telah menarik diri daripada menjadi ahli DPN.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia