Persefahaman IKRAM, KITA Teroka Ruang Kolaborasi

Persefahaman IKRAM, KITA Teroka Ruang Kolaborasi | IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Satu delegasi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang diketuai oleh Naib Presiden, Profesor Dr Hanim Salleh telah melakukan kunjungan ke Institut Kajian Etnik (KITA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Rabu, 23 November lalu.

Delegasi IKRAM disambut oleh Pengarah Pengasas KITA, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan pasukannya yang terdiri daripada beberapa felo penyelidik utama KITA.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka ruang kolaborasi di antara IKRAM dan KITA dalam isu-isu yang berkait dengan hubungan etnik, perpaduan masyarakat dan juga pembangunan masyarakat di Malaysia.

Dalam perbincangan selama dua jam dalam suasana yang cukup mesra, kedua-dua pihak telah memperoleh banyak manfaat dengan pellbagai ruang kerjasama yang boleh disepakati bersama.

Antara hasil pertemuan ini ialah cadangan supaya diadakan satu memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak bagi memperhalusi kerjasama dalam pelbagai aspek terutamanya penyelidikan, pelaksanaan program, kerjasama projek, kempen, advokasi serta pembangunan bahan-bahan pendidikan masyarakat.

Turut hadir daripada pihak IKRAM ialah Naib Presiden Jusni Yusoff, Ketua Kluster Perpaduan Nasional Dr Sabariah Baharun, Ketua Kluster Masyarakat Progresif Hj Ainullotfi Abdul Latif, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi Mohamad Abdul Hamid dan Penyelaras Unit Kajian, Kluster Perpaduan Nasional Dr Alwani Ghazali.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia