Berikutan penulisan berita bertajuk “StreetNgaji Inisiatif Didik Gelandangan Chow Kit” pada 9 Jun 2023 di Portal IKRAM, telah berlaku beberapa kekeliruan terhadap fakta yang tidak disengajakan.
Oleh yang demikian, Editorial Jabatan Komunikasi dan Media IKRAM memohon maaf kepada pihak StreetNgaji Kuala Lumpur, terutamanya Penasihat StreetNgaji Kuala Lumpur, Puan Noorazian Anidin dan semua yang terlibat atas segala kekhilafan yang terjadi.
Berikutan itu juga, berita tersebut telah dikeluarkan daripada Portal IKRAM dan di semua media sosial lainnya.
Sekian, terima kasih.
Editor Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia