Perluas Pendekatan Rahmah, Tonjol Wasatiyyah – Presiden IKRAM

Perluas Pendekatan Rahmah, Tonjol Wasatiyyah - Presiden IKRAM

Bertemakan ‘Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI,’ Buat julung kalinya Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di bawah Jabatan Advokasi Nasional menganjurkan Konvensyen Negara Rahmah 2023 (KMNR 2023).

Konvensyen ini bertujuan mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, pendidikan dan sosial, serta kepimpinan, tadbir urus dan reformasi institusi bersama pakar bidang dan pemegang taruh.

Selain itu, ia mengetengahkan model solusi yang praktikal berdasarkan pendekatan Rahmah berkaitan isu-isu kesenjangan yang kritikal dalam masyarakat untuk membangunkan Malaysia MADANI.

Konvensyen ini turut mengadakan lapan sesi plenari melalui empat persidangan selari, dan menampilkan 32 ahli panel pembentang untuk mengupas isu-isu tersebut dan menampilkan model solusi.

Pengarah KMNR 2023, Prof Dr Hanim Salleh berkat,a Malaysia MADANI adalah selari dengan visi IKRAM ‘Malaysia Menjadi Negara Rahmah’ iaitu dengan melihat pencapaian sesebuah negara berasaskan nilai sebagai acuan membangunkan negara bagi mencapai kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

“Konvensyen Malaysia Negara Rahmah dengan tema ‘Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI’ dianjurkan sebagai wahana diskusi dan mengetengahkan model solusi dengan pendekatan rahmah dalam merealisasikan visi dan hasrat yang murni ini.”

Beliau yang juga Naib Presiden IKRAM berharap penganjuran konvensyen ini dapat mencapai objektifnya di samping berinteraksi, merapatkan kerjasama serta berkongsi pandangan bagi menjayakan pendekatan rahmah dalam memacu Malaysia MADANI.

Pendekatan rahmah milik semua

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin berkata, pendekatan rahmah ini adalah milik semua kerana ia mencakupi segala bentuk kebaikan dan kebajikan yang diingini dan diperlukan oleh semua manusia, baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat, negara mahupun antarabangsa.

“Rahmah bukanlah milik kerajaan semata-mata, bahkan ia adalah milik semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama untuk hidup harmoni dan makmur di bawah lembayung persaudaraan kemanusiaan, seterusnya dilebarkan santunannya ke segenap pelosok dunia.”

Menurutnya, pendekatan rahmah yang ditekankan oleh kerajaan wajar diperluaskan lagi pelaksanaannya melangkaui kebajikan, pendidikan dan kesihatan golongan rentan dalam memacu pembangunan Malaysia MADANI yang holistik, seimbang dan inklusif.

Natijah positif

“Saya berharap konvensyen satu hari ini berjaya memberikan natijah yang positif untuk kita mengumpulkan data dan fakta serta kerangka gerak kerja untuk memacu tindakan bagi mengisi pembinaan negara masa kini dan masa hadapan,” ujar Badlishah Sham.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pasukan Agenda Nasional IKRAM yang menganjurkan KMNR 2023  bersama Kajian Dasar IKRAM (KADRI) dan Integrated Development and Advancement of Leadership (IDEAL) Berhad.

“Konvensyen Malaysia Negara Rahmah ini selari dengan agenda Malaysia MADANI yang mana ia mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, tadbir urus dan reformasi institusi bersama pakar bidang dan pemegang taruh.”

Justeru, sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melakukan perubahan positif kepada masyarakat dan negara, IKRAM berusaha untuk memainkan peranan penting dalam menjayakan Malaysia MADANI.

“IKRAM mempunyai aspirasi mencapai perubahan ke arah kebaikan untuk membina sebuah negara yang makmur untuk rakyat Malaysia menggunakan konsep rahmah dan ingin melihat terbinanya sebuah Negara Rahmah di Malaysia dengan agenda kebajikan dan pengislahan terus diberi keutamaan demi perubahan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.”

Perkenal imej Islam

Menurutnya, melalui konsep rahmah ini, ia dapat memperkenalkan imej Islam sebagai agama yang adil, sederhana dan santun terhadap semua manusia dan sekitarnya, selari dengan tujuan pengutusan Rasulullah SAW sebagai Rahmatan Lil Alamin, iaitu rahmah untuk seluruh alam.

“Oleh yang demikian, tugas umat Islam bukan sekadar untuk berkhidmat kepada sesama mereka sahaja, bahkan juga kepada seluruh umat manusia serta sekalian alam dan menjadi contoh rahmah dan kasih sayang, sama ada melalui hati, lisan ataupun perbuatan,” ujarnya.

“Konsep rahmah ini amat penting untuk dipraktikkan dalam segala aspek kehidupan, bahkan disebarkan bagi melahirkan individu, keluarga, kejiranan, masyarakat dan negara yang maju, makmur dan sejahtera.”

Dalam pada itu, Kerajaan Perpaduan telah menekankan pendekatan berkonsepkan ‘Rahmah’ dalam semua programnya yang mengutamakan kebajikan golongan miskin terutamanya miskin tegar.

“Melalui pendekatan ini, tumpuan lebih diberikan terhadap projek pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir, berbanding projek-projek besar atau mega.”

Tidak terkecuali, pendekatan rahmah dalam semua program Kerajaan Perpaduan amatlah bertepatan dengan objektifnya untuk memberikan kebaikan, kebajikan dan pertolongan terutamanya kepada golongan miskin dan yang memerlukan.

“Pendekatan ini telah dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar,” ujar Badlishah Sham.

Lawan naratif ekstrem

Terdahulu, Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa progresif yakni yang maju, makmur dan sejahtera dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

“Ini menunjukkan bahawa konsep Malaysia MADANI berserta Teras Strategik Utama menjadi acuan berasaskan nilai untuk membangunkan negara yang makmur dan sejahtera, dan ia dilihat selari dengan 12 ciri Negara Rahmah yang digagaskan IKRAM,” jelasnya lagi.

Ciri-ciri Negara Rahmah ini digarap berasaskan al-Quran dan Sunnah, bagi menyantuni lima perkara utama yang berasaskan Maqasid al-Syariah (matlamat syariah) iaitu memelihara agama, nyawa (kehidupan), akal, keturunan dan harta. 

Justeru, IKRAM mengambil peranan untuk mengisi ruang sebagai rakan strategik pembinaan negara dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Antaranya ialah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Komunikasi Digital dan Kementerian Pendidikan. Pertemuan demi pertemuan dilakukan dalam rangka untuk menyokong, bekerjasama dan menyumbang dalam aktiviti serta projek yang bermanfaat untuk umat Islam dan masyarakat.

“Bagi melawan naratif ekstrem dan melampau dalam konteks agama dan perkauman, IKRAM bersama-sama WADAH, ABIM dan HALUAN telah menubuhkan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) bagi menonjolkan konsep wasatiyyah yang adil, seimbang dan cemerlang, juga akan bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha ini.”

Sebagaimana wasatiyyah dalam Islam merupakan pendekatan sederhana kepada pemahaman Islam berasaskan iman, ilmu dan takwa, menghasilkan umat adil dan terbaik (ummatan wasatan) yang menekankan keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan, serta menolak segala bentuk kecurigaan, ekstremisme dan radikalisme yang merosakkan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama seterusnya merasmikan Konvensyen Negara Rahmah 2023 (KMNR 23) di IDCC Shah Alam, di hadapan lebih 500 orang jemputan terdiri daripada penaja, jemputan media, panel pembentang, peserta dan petugas yang mengambil bahagian dan menjayakan Konvensyen ini.

Para jemputan dan pembentang terdiri daripada kementerian, jabatan serta agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia