Perlu RM26 juta bina SRI Hira’ Meru

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hira’, Dato’ Haji Mohd Fazli Osman, perjanjian sewa tanah bersama tuan tanah tersebut akan tamat tempoh pada 2019 setelah 30 tahun perjanjian.

“Kami sedang berbincang dengan pihak tuan tanah yang merupakan generasi kedua supaya mereka dapat memberikan pajakan tambahan dalam 10 hingga 15 tahun untuk kita mencari dana dan ada masa membina sekolah di tapak baru,” ucapnya dalam Majlis Pelancaran Dana Pembangunan SRIH, Meru.

“Kita sudah mendapat kelulusan dari pihak kerajaan negeri dan sekarang dalam fasa mereka bentuk,” tambahnya dalam majlis yang berlangsung di Auditorium SIRIM di sini.

Majlis yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Dr. Basir Abidin, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Srihira Sdn Bhd, turut diserikan dengan tazkirah dhuha oleh Ustaz Dr Roslan Mohamed.

Pembangunan SRI Hira’ Meru melibatkan pembinaan bangunan akademik dan pentadbiran, surau, kuarters kediaman staf, tadika dan nurseri serta kemudahan-kemudahan lain yang memerlukan kos seperti kerja tanah dan kestabilan cerun, jalan raya dan perparitan, loji rawatan kumbahan, pencawang elektrik dan rekreasi air.

Sekolah di tapak baharu ini bakal menampung kapasiti pelajar seramai 1,500 orang berbanding 900 orang sahaja pada waktu ini. Ia akan memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menambah bilangan pelajar dan merancang pelan jangka masa panjang dengan lebih baik.

Sekolah Rendah Islam Hira’ yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Seksyen 3, Shah Alam telah berpindah ke Kampung Batu Belah, Klang pada tahun 1987 hingga sekarang.

Dengan misi untuk membina tokoh masyarakat yang bersifat rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati, SRIH telah mempunyai puluhan ribu lepasan pelajarnya yang menyambung pelajaran ke pelbagai institusi pendidikan lain.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun 120 100 100 19026 (BIMB – PEMBANGUNAN HIRA’)Untuk keterangan lanjut dan sumbangan, sila hubungi Sekretariat Kutipan Dana Hira’ di talian 03-3343 7595 atau Pengurus Dana Institusi Pendidikan Hira’ (IPH), Hj Ayub Sedik di talian 016-280 0101.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia