Perlu Permit Khas Beli Petrol, Diesel Lebih 20 Liter

Perlu Permit Khas Beli Petrol, Diesel Lebih 20 Liter | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan, permit khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 diperlukan oleh syarikat atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel bagi kegunaan sendiri.

“Permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja,” kata menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.

“Keperluan permit khas adalah bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol serta diesel diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.”

Menurutnya, pihak yang ingin memohon permit khas boleh membuat permohonan melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran.

“Tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas tersebut dan ia juga terbuka kepada semua yang layak,” 

Menerusi kenyataan medianya, Alexander menegaskan, pihak yang telah diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui permit khas ini boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang telah diluluskan.

“Antara yang telah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna forklift, sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia