Perlu lebih ramai sukarelawan

“Bertemakan “I’m a Volunteer!”, program VAP ini disertai oleh 40 orang sukarelawan terpilih dari pelbagai latar belakang,” menurut wakil IHHS.

Program yang telah berlangsung di Pejabat IKRAM Hulu Selangor, Bukit Beruntung ini menurutnya, disusun khas untuk melatih kemahiran para sukarelawan tentang asas pemeriksaan kesihatan.

“Antara pengisian program ialah ceramah ringkas tentang penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, basic life support dan demonstrasi first aid.”

Selain itu, ia turut disusuli dengan sesi praktikal yang interaktif kepada peserta berkenaan tajuk yang telah dibentangkan.

“IHHS berharap lebih ramai lagi masyarakat di luar sana yang akan menjadi sukarelawan dan menyertai siri-siri VAP pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, IHHS percaya setiap antara kita boleh memberikan khidmat dan bantuan sukarelawan mengikut kemampuan tenaga dan masa masing-masing.

“Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta dan usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang.”

Tambahnya, para aktivis mungkin tidak mampu menyantuni seluruh penduduk Hulu Selangor secara amnya.

“Namun, dengan kesudian anda (sukarelawan) untuk membantu, cita-cita ini mampu direalisasikan.”

Sebelumnya, IHHS telah dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Health Pusat, Dr Abdul Halim Shibghatullah selepas kata alu-aluan penuh semangat daripada penasihat IHHS, Dr Nor Aniza Ali Shibramulisi.

Turut hadir meraikan majlis pelancaran ini ialah Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Dr Hj Muhammad Azhar Zailaini dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Hulu Selangor, Hjh Jamaliah Awang.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia