Perlu lebih proaktif tangani pengangguran

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Mei 2020, negara mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 5.3 peratus iaitu bersamaan dengan 826,100 penganggur.  Manakala pada awal tahun ini, iaitu pada bulan Februari 2021, kadar ini telah menurun kepada 4.8  peratus iaitu bersamaan dengan 777,500 orang. 

 

Walaupun peratusan ini sedikit menurun, namun jumlah penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan ini terlalu banyak dan harus dipandang serius oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan.

 

Manakala, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menjangkakan pada tahun 2020 kadar pengangguran akan meningkat kepada 9.2 peratus dan jika kes jangkitan virus ini terus menular.

 

Walaupun ramalan yang dibuat oleh MIER ini tersasar dari realiti, namun jangkaan ini boleh diguna pakai pada tahun 2021. Rakyat dan kerajaan harus berwaspada dan sentiasa bersedia dengan apa jua situasi yang bakal terjadi.

 

Sejak situasi ini melanda, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga berlanjutan lagi sehingga kini, iaitu PKP 3.0.

 

Sudah tentunya PKP ini memberi impak besar kepada banyak industri, apatah lagi hingga menyebabkan beberapa perusahaan yang terpaksa ditutup dan dikecilkan operasinya disebabkan tidak dapat menampung perbelanjaan harian yang tinggi.

 

Risiko yang perlu dihadapi

 

Pada Oktober 2020, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah Airasia Bhd dan Airasia X Bhd telah mengesahkan bahawa ia terpaksa memberhentikan 10 peratus daripada kakitangannya. Hal ini berikutan syarikat penerbangan itu mengambil masa yang lama untuk pulih walaupun pada ketika itu PKP 1.0 telah tamat.

 

Syarikat yang begitu besar juga turut terkesan dengan situasi pandemik ini, inikan pula syarikat kecil, apatah lagi peniaga-peniaga kecil tepi jalan.

 

Situasi ini telah menyebabkan sebahagian besar rakyat hilang pekerjaan dan sumber pendapatan mereka sekali gus menyebabkan kadar pengangguran negara berada pada tahap yang membimbangkan.

 

Kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif yang dikenali sebagai i-Sinar dalam belanjawan negara 2021. Inisiatif ini memberi peluang kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan wang simpanan mereka secara one-off. Tidak dinafikan inisiatif ini menguntungkan dan dapat meringankan sebilangan besar rakyat.

 

Ada yang menggunakan peluang ini untuk memulakan perniagaan, satu usaha mandiri yang perlu dipuji, tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan sahaja.

 

Namun peluang ini tidak memihak kepada golongan belia yang baru hendak memulakan hidup. Kebanyakan duit simpanan mereka dalam KWSP sekadar cukup-cukup makan sahaja. 

 

Selain itu, terdapat juga peluang pekerjaan yang lain yang boleh dimanfaatkan oleh golongan yang kehilangan pekerjaan ini iaitu sebagai penghantar makanan (food rider). Syarikat yang menawarkan servis penghantaran makanan ini semakin popular dalam kalangan masyarakat terutamanya di bandar. 

 

Berikutan tragedi pandemik yang terjadi, sebahagian besar masyarakat memerlukan servis penghantaran makanan ini untuk memudahkan urusan harian mereka. 

 

Namun, bagi kebanyakan masyarakat yang tinggal di luar bandar atau bandar-bandar kecil, servis ini kurang popular. Apabila kurang popular, kuranglah pendapatan penghantar makanan. Oleh hal demikian, pekerjaan ini kurang diminati oleh mereka yang tinggal di luar bandar.

 

Justeru, pihak kerajaan harus memikirkan solusi terbaik untuk menyelesaikan isu pengangguran ini dengan lebih holistik. Solusi tersebut haruslah mengambil kira semua faktor termasuklah kawasan dan umur.

 

Perlu lebih proaktif!

 

Malah kerajaan juga harus lebih proaktif dalam membendung isu pengangguran ini terutama ketika pandemik ini. Pimpinan harus bersedia dengan solusi atau pelan tindakan yang tuntas supaya rakyat rasa dilindungi. Rakyat tidak sepatutnya dibiarkan terkontang-kanting tanpa bantuan sewajarnya daripada kerajaan. 

 

Menurut Prof Dr Mohd Nazari Ismail, iaitu pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya, masalah pengangguran tidak akan dapat diselesaikan kecuali jika seluruh sistem kewangan negara dirombak semula dan hutang tidak lagi menjadi industri.

 

Apa yang berlaku kini adalah industri perbankan telah menggalakkan aktiviti meminjam. Syarikat-syarikat besar juga tidak terkecuali untuk meminjam. Jumlah pinjaman ini adalah mengikut saiz sesebuah syarikat. Semakin besar syarikat, semakin besar pinjamannya sekali gus memberi keuntungan yang banyak kepada pihak bank.

 

Syarikat-syarikat yang berhutang ini perlu meningkatkan produktiviti mereka dan mengurangkan kos operasi syarikat. Apabila bercakap tentang kos operasi, salah satu cara untuk mengurangkan kos operasi adalah dengan memaksimumkan tenaga kerja yang ada.

 

Pekerja perlu melakukan banyak tugasan (multitasking) untuk mengurangkan kos pekerja, lantas menyebabkan peluang pekerjaan menjadi semakin sedikit. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil negara akan berhadapan dengan masalah jutaan rakyat yang menganggur pada tahun-tahun mendatang. 

 

Oleh hal demikian, wajarlah pihak kerajaan dan pihak bank ini duduk berbincang lalu strategikan semula sistem kewangan negara. Mungkin dengan usaha ini, industri-industri yang dihimpit hutang ini akan mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada masyarakat sekali gus mengurangkan kadar pengangguran negara.

 

Nur Zahanim Muhammad Zahir
Pegawai Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia