Perlu kreatif tingkatkan keberkesanan media

“Ia merupakan suatu bidang yang sentiasa perlu dikemaskini secara berterusan,” ujar beliau dalam ucapan perasmian Sanggar Kerja IKRAMedia Nasional (SKRIN17) pada Sabtu, 25 Mac lalu di Ara [email protected] Atmosphere, Bandar Putra Permai di sini.

Tambahnya, bidang media adalah sesuatu yang mencabar kerana ia sentiasa bergerak dan berubah, dan beliau juga sering mendengar rungutan aktivis media bahawa alat tidak cukup untuk bergerak dan bertugas.

“Ya, memang alat media itu tidak akan pernah cukup kerana ia sentiasa berkembang dan itu adalah cabarannya yang perlu penggerak media fikir dan uruskan,” jelas beliau.

Menyedari bahawa media menjadi lidah kepada organisasi, beliau menyeru aktivis media agar sentiasa kreatif, sentiasa terkini dengan informasi serta sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat yang benar, tepat dan cepat.

Che Asmah turut menyarankan agar para penggerak media perlu bersedia dengan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan mewujudkan jaringan dengan rakan-rakan media yang lain.  

    

  Ucapan perasmian, slot sanggar kerja dan sebahagian peserta yang hadir

Dalam pada itu, Prof. Dr. Hj. Arshad Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan & Media IKRAM berkata, beliau bersikap lebih terbuka dalam sanggar kerja ini bagi mendengar pandangan aktivis media negeri dan insitusi bagi memperkasakan gerak kerja IKRAMedia sepanjang 2017 hingga 2019.

“Hari ini, saya ingin mendengar pandangan-pandangan daripada negeri, aktivis media, supaya yang akan kita hasilkan nanti, benar-benar datangnya daripada idea dan buah fikir daripada mereka yang bergerak,” jelas beliau semasa ucapan aluannya.

Beliau turut menggariskan dua perkara yang perlu dilaksanakan aktivis media iaitu bagaimana meningkatkan visibility IKRAM dan juga bagaimana menyampaikan risalah dakwah menerusi pelbagai pendekatan yang kreatif, moden, sesuai dan memberi impak berkesan kepada masyarakat.

Sanggar kerja tersebut telah dihadiri kira-kira 40 orang penggerak dan aktivis media pusat, negeri, institusi dan agensi IKRAM di mana fasilitator, Hj Zaharuddin Othman mengendalikan slot tersebut dengan jayanya.

Program tersebut juga diselitkan dengan perkongsian perkembangan-perkembangan terkini IKRAMedia Pusat, perkongsian pasukan media Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta diserikan cabutan bertuah dan beberapa anugerah untuk peserta.

IKRAM Johor telah meraih Anugerah Inovasi Terbaik dengan inovasi Perkongsian 1 Hari 1 Hadis dan MyCARE pula meraih Anugerah Media Institusi Terbaik dengan pengurusan media yang mantap dan berkesan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia