Perlu kerjasama pusat, negeri jaga kebajikan mangsa banjir

Melalui status di laman Facebook, beliau berkata usaha itu perlu diteruskan sehingga satu tempoh yang sesuai selepas mereka pulang ke rumah masing-masing.

 

“Aspek lain seperti membaik pulih kediaman mereka yang rosak perlu diambil perhatian dan usaha ini bagi memastikan mangsa tidak terus berada dalam keadaan trauma akibat musibah.”

 

Semalam Muhyiddin telah meninjau keadaan banjir selain menyantuni mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh di Temerloh dan SMK Tengku Ampuan Afzan di Chenor, Maran.

 

“Pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah digesa agar segera menumpukan usaha membaik pulih infrastruktur yang rosak teruk akibat banjir seperti jalan raya, masjid dan sekolah,” tegasnya.

 

Beliau turut bertemu mangsa banjir termasuk warga emas yang mendapat perlindungan di PPS untuk bertanyakan keadaan kesihatan mereka dan memastikan kebajikan mereka terjaga.

 

“Alhamdulillah mereka baik-baik sahaja, malah ada yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan PPS dengan kemudahan memuaskan di samping petugas yang sentiasa memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19,” katanya.

 

Selain itu, beliau telah mengarahkan pengurusan PPS dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya menyediakan dua khemah kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada enam orang bagi menjamin keselesaan kepada mereka sepanjang berada di pusat penempatan itu.

 

Lawatan Muhyiddin turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim serta pegawai kanan agensi berkaitan.

 

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua mangsa banjir seluruh negara terhindar daripada sebarang penyakit dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan sihat.

 

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak terus menunjukkan trend penurunan semalam setelah beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu ditutup.

 

Namun begitu, situasi berbeza di Johor, apabila negeri tersebut kembali dilanda bencana itu selepas beberapa bandar utamanya mula dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam sebelumnya.

 

Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat manakala amaran buruk dikeluarkan bagi Segamat dan Mersing (hujan lebat dijangka berterusan) serta waspada bagi Tangkak dan Muar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia