Perkukuh Usaha Dekriminalisasi Dadah, Pembangunan Belia

Perkukuh Usaha Dekriminalisasi Dadah, Pembangunan Belia | IKRAM

PUTRAJAYA – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Drug Policy Program Malaysia (DPPM), Yayasan AIDS Malaysia, Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ke Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) pada Khamis, 9 Oktober lalu.

Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang dasar sosial, pembangunan kapasiti belia dan advokasi berkaitan isu penyalahgunaan bahan di Malaysia.

Kunjungan tersebut dihadiri oleh Pegawai Kanan DPPM, En. Farid Zuhri dan Pn. Nadia Zakaria; Setiausaha Agung MASAC, YM Raja Azizan Suhaimi; Presiden Kumpulan Pakar Perubatan Ketagihan, Dr Rusdi Abd Rashid; serta wakil IKRAM, En. Iqbal Hakim dan En. Khairul Naim. 

Hadir menyambut kehadiran delegasi ialah Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura Abidin, bersama wakil-wakil daripada Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Dalam sesi pertemuan tersebut, DPPM telah membentangkan inisiatif berkaitan usaha dekriminalisasi pesalah dadah di Malaysia, iaitu satu pendekatan berasaskan kesihatan awam, pemulihan dan kesejahteraan sosial sebagai alternatif kepada hukuman semata-mata.

Jelas DPPM, sebahagian besar pesalah dadah di negara ini terdiri daripada golongan belia berumur bawah 40 tahun, menjadikan JBSN sebagai antara pemegang taruh utama dalam memperkukuh intervensi sosial serta pelaksanaan program pembangunan kapasiti bagi golongan muda berisiko.

Bagi pihak JBSN, Puan Azura menyambut baik usaha yang dibentangkan oleh DPPM dan menyatakan kesediaan jabatan untuk bersama-sama dalam agenda memperkukuh pendekatan dekriminalisasi pesalah dadah.

Tegas beliau, JBSN sememangnya telah lama terlibat dalam pembangunan kapasiti pesalah dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, tambah beliau, JBSN turut menyokong cadangan pelaksanaan projek rintis dekriminalisasi dadah yang dijangka akan bermula dalam masa terdekat, dan bersedia untuk turut sama membantu dan melibatkan agensi-agensi dalam JBSN.

Selain itu, JBSN turut dijemput untuk menghadiri Drug Policy Summit Malaysia 2025 yang akan diadakan pada 4 dan 5 November ini, termasuk menyertai sesi perbincangan meja bulat sepanjang sidang tersebut bagi berkongsi pandangan dan pengalaman jabatan dalam pembangunan belia dan program pemulihan sosial.

Dalam pertemuan itu juga, IKRAM turut mengutarakan potensi kerjasama susulan dengan JBSN dalam bidang pembangunan belia yang lebih luas.

Cadangan tersebut merangkumi pelaksanaan modul kefahaman Rukun Negara dengan pendekatan pendidikan kenegaraan berasaskan nilai, serta pembangunan program kapasiti belia melalui platform Rakan Muda dengan tumpuan kepada aspek kenegaraan, integriti dan nilai kekeluargaan.

IKRAM turut mencadangkan agar NGO dapat berperanan sebagai rakan pelaksana komuniti dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang berteraskan nilai Malaysia MADANI.

Kunjungan hormat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan masyarakat sivil, sekali gus memperlihatkan komitmen bersama dalam membina generasi muda Malaysia yang berdaya tahan, berintegriti dan berjiwa kenegaraan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia