Perkukuh peranan bina keluarga utuh

SERI KEMBANGAN – Sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menganjurkan Konvensyen Nasional Keluarga Utuh, secara maya bertemakan ‘Keluarga Utuh, Kekuatan Negara’ pada hari ini.

 

Timbalan Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapan pembukaannya berkata, keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat, jika porak-peranda keluarga, maka akan porak-perandalah masyarakat.

 

“Jika sebaliknya, keluarga bahagia akan saling mengasihi, aman, selamat dan membina masyarakat yang sejahtera. Keluarga inilah yang akan melahirkan masyarakat.”

 

Beliau berkata, keluarga inilah yang akan menyumbang kepada kelahiran masyarakat yang lebih sejahtera dan keluarga jugalah yang akan mencermin, mewarnai dan mencorak masyarakat itu menjadi masyarakat yang sejahtera dan utuh.

 

“Peranan ibu dan bapa amatlah penting kerana mereka menjadi pemimpin kepada keluarga, menjadi contoh kepada keluarga, menjadi cermin kepada keluarga, menjadikan mereka yang memberikan qudwah (contoh), pendidikan kepada keluarga,” ujar Badlishah Sham.

 

Dalam pada itu, beliau berharap agar sekalian rakyat Malaysia dapat melakukan langkah yang dapat dilakukan untuk membina keluarga yang utuh.

 

“Kita ambil iktibar, pengajaran daripada konvensyen ini supaya kita dapat amalkan dalam membina keluarga yang utuh dan seterusnya menyumbang kepada membina masyarakat yang utuh, negara yang utuh dan tamadun yang utuh.”

 

Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Hj Abdul Shukor Abdullah dalam ucapan perasmiannya berkata, tema ‘Keluarga Utuh, Kekuatan Negara’ ini adalah amat signifikan dengan konsep Keluarga Malaysia.

 

“Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk individu, bagi membina komuniti yang kukuh dan masyarakat yang penyayang.”

 

Institusi keluarga juga perlu diperkukuhkan bagi memperkasa komuniti. Ini bermaksud bahawa kekuatan atau kemakmuran itu bermula dan terletak pada keluarga serta masyarakat.

 

“Bagi mewujudkan keluarga yang sejahtera, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah menggubal dasar keluarga negara serta dengan pelan tindakan dengan matlamat untuk membangunkan keluarga sejahtera dan sihat bagi memastikan kestabilan sosial.”

 

Bulan November 2021 dikenali sebagai bulan Keluarga Malaysia adalah terjemahan daripada konsep Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Oktober 2021 yang lalu.

 

“Saya amat berbesar hati dan gembira dengan inisiatif Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam menganjurkan Sambutan Bulan Keluarga 2021 dan saya menyeru kepada semua keluarga Malaysia untuk sama-sama meraikan sambutan bulan Keluarga Malaysia di sepanjang bulan November ini.”

 

Dalam sesi ucaptama konvensyen yang disampaikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO), Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail, beliau berkata, untuk membangun keluarga yang utuh, ia memerlukan pemerkasaan keluarga.

 

“Membina keluarga utuh itu adalah bermula dengan satu perkahwinan yang sah.”

 

Menurutnya, keluarga utuh itu perlu mempunyai nilai-nilai murni yang utama iaitu kasih sayang, hormat menghormati, kejujuran, taat kepada suruhan agama dan bersyukur.

 

“Segala itu perlu diterapkan dalam keluarga bagi mencapai tahap utuh iaitu sempurna walaupun ada pelbagai cabaran yang bertamu,” jelas Siti Norlasiah.

 

Tambahnya lagi, apabila adanya agama, dalam seseorang itu menghadapi cabaran, agamalah yang akan menyelamatkan, memberi kekuatan kerana dengan percayanya kepada Tuhan.

 

“Ibu bapa perlu ada pengetahuan dan berkemahiran dalam ilmu perkahwinan dan kekeluargaan.”

 

Selain itu menurutnya, ibu bapa perlukan ilmu dan kemahiran keibubapaan termasuk amalan shared responsibilities (tanggungjawab bersama).

 

Tegasnya, hubungan intergenerasi dan keluarga luas (beyond the nuclear family) terbina apabila keluarga itu sudah utuh dan komuniti akan turut membantu.

 

Dalam pada itu, bicara sesi pertama konvensyen berlangsung dengan tajuk ‘Peranan Keluarga Utuh dalam Keharmonian dan Pembangunan Negara’ yang dikendalikan oleh Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj, Pengarah Akademi Dr Har (ADH) sebagai moderator.

 

Ahli-ahli panel sesi ini ialah Ketua Pasukan Petugas Masyarakat Progresif IKRAM (MAKPEM), Hj Ainullotfi Abdul Latif, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YAA Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Yayasan Perpaduan Malaysia (YPM), Prof Dr Suresh Kumar A/L P Govind.

 

Sesi kedua konvensyen pada sebelah petang diteruskan dengan tajuk ‘Ketahanan, Keselamatan dan Keupayaan Menghadapi Cabaran’ yang dikendalikan oleh Puan Nurhakimah Mohamud, Penolong Setiausaha Wanita IKRAM sebagai moderator.

 

Sesi ini mengetengahkan ahli-ahli panel iaitu Pengerusi Rumah Teratai (TERATAI), Puan Hjh Azlina@Roszy Mohamad Ghaffar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, ACP Siti Kamsiah Hassan, Naib Presiden Kanan, Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti, CyberSecurity Malaysia (CSM), Lt. Kol (B) Mustaffa Ahmad.

 

Konvensyen turut diserikan dengan tayangan montaj, pelancaran filem pendek ‘Cermin’, prapelancaran lagu ‘Keluarga Utuh Kekuatan Negara’ dan cabutan bertuah untuk para peserta. Konvensyen boleh ditonton di pautan https://www.youtube.com/watch?v=H4Gp4RjwS9o.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia