Perkasakan pendidikan Islam – IKRAM

 

Laporan audit yang memeranjatkan ini timbul ketika pihak pendokong pendidikan Islam masih tertanya-tanya mengenai ketiadaan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan peruntukan yang terlalu kecil kepada sekolah agama secara keseluruhannya daripada Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Bajet 2013 oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 28 September 2012. Pembentangan tersebut menggambarkan agenda pembangunan pendidikan Islam tidak termasuk dalam transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri. Ia juga memberi maksud agenda Pendidikan Islam tiada tempat dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

 

Pendidikan Islam sudah lama bertapak, telah beroperasi di Malaysia semenjak beberapa abad yang lalu. Pendidikan Islam tradisional telah dimulakan oleh pedagang-pedagang Arab yang tiba di kepulauan melayu pada tahun 674 masehi (55 Hijrah); iaitu sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.  Kini bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti sistem pendidikan Islam di seluruh negara melebihi 800 ribu orang; bilangan pendidik melebihi 100 ribu orang; bilangan ibubapa melebihi sejuta orang. Kesan sistem pendidikan Islam adalah positif.  Selain melahirkan tokoh-tokoh ulama dan cendiakawan, umumnya sistem pendidikan Islam melahirkan individu-individu yang sedia berdikari, berakhlak dan mempunyai hemah diri yang tinggi.

 

Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi”.. adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu…” telah  memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam.

 

Bagi membolehkan Pendidikan Islam terus berkembang, memperkasakannya dan tidak membiarkannya terpinggir; Kerajaan Pusat dan Negeri sepatutnya memberi peruntukan kewangan yang sewajarnya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut.

 

Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan ini menuntut agar semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah agama, Sekolah agama rakyat  dan sekolah agama swasta yang tidak berorientasikan keuntungan:-

 

1. dianggap sebagai sistem sokongan (complimentary) dan perlu digalakkan.

 

2. diberikan peruntukan harta modal, per kapita dan bantuan buku teks daripada KPM.

 

3. diberi taraf pengecualian cukai di mana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini dibenarkan memohon pengecualian cukai bagi yuran yang mereka bayar untuk pendidikan anak-anak mereka.

 

4. disediakan peruntukan dan kemudahan kepada institusi pendidikan Islam sepertimana yang diberikan kepada sekolah-sekolah lain:-

 

4.1. Peruntukan pembangunan prasarana

 

4.2. Peruntukan gaji pendidik

 

4.3. Pelaksanaan kurikulum dan sistem pentaksiran pendidikan Islam

 

4.4. Kebenaran memungut dan menerima zakat

 

4.5. Peruntukan kemudahan P&P

 

4.6. Penyampaian maklumat menyeluruh mengenai perkembangan pendidikan kebangsaan

 

4.7. Pemeriksaan kesihatan

 

 

 

Profesor Dr Omar Yaakob

 

Pengerusi

 

Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

 

Tel: 012-7086482

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia