Perkasakan kesatuan dalam kepelbagaian

“Dengan lahirnya masyarakat yang terasuh, Malaysia akan menjadi negara yang akan memelihara kesejahteraan masyarakat,” kata Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam ucaptama sempena Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) Sabah.

Bertemakan ‘Sabah Negeri Rahmah’, perhimpunan yang julung kali diadakan telah berlangsung dengan jayanya pada 6 April lalu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, dihadiri 231 orang peserta.

Tambah beliau, ahli-ahli IKRAM perlu terus maju ke hadapan bagi merealisasikan kepimpinan negara yang terbaik yang mampu memacu Malaysia menjadi negara rahmah mithali yang merupakan sebahagian daripada big picture perjuangan IKRAM.

Menurutnya, untuk membina negara, ahli-ahli perlu melihat cabaran di hadapan sebagai peluang yang perlu dimanfaatkan melalui pelaksanaan lima strategi iaitu advokasi, menerobos akar umbi, pengambilan tempat dan peranan, lonjakan institusi dan dan rejuvenasi IKRAM.

“Kerja kita membina, membangun, menyatukan bukan memecahkan, dan memperkuatkan persaudaraan.”

Tambah Dr Parid, bagi meningkatkan visibility IKRAM di tengah masyarakat, IKRAM menekankan aspek dakwah bil hal (dakwah dengan perbuatan, tindakan), bukan dengan dakwah bil maqal (dakwah dengan kata-kata) semata-mata.

Beliau turut menggariskan 10 faktor kejayaan dalam membina Malaysia baharu antaranya kepimpinan dan gaya kepimpinan yang berdaya saing, mobilisasi penglibatan dan aktivisme ahli secara meluas dan aktif dalam masyarakat, serta strategi gerak kerja berasaskan maklumat dan berorientasikan hasil.

“Bersama-sama kita memikul tanggungjawab membina Malaysia baharu, Malaysia yang lebih sempurna sebagai negara rahmah mithali,” seru beliau yang turut menyempurnakan pelancaran IKRAM Muda Sabah.

PTI Sabah turut diserikan dengan kehadiran Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibussamahah Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz Hj Jaafar dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Sabah (MACMA Sabah), Brother Ritchie Jay Cheng.

Perkongsian bertajuk ‘Melestarikan Dakwah di Sabah’ oleh dua tokoh iaitu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Hj Saifulzaman Sangul dan Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Hj Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester diharapkan memberi suntikan semangat buat semua untuk terus menjalankan dakwah di Sabah.

Pada petangnya, agenda IKRAM Sabah bersama ahli-ahlinya diteruskan dengan menganjurkan program Hari Keluarga di Pantai Tanjung Lipat bagi merapatkan ukhuwah sesama ahli.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia