Perkasakan IKRAM di semua peringkat – Presiden

Ustaz Mohd Parid berkata demikian pada perhimpunan bulanan amanat Presiden bersama kakitangan sepenuh masa IKRAM baru-baru ini.

Menurutnya, kini merupakan fasa memperkukuh IKRAM dan jentera yang diwujudkan daripada kepemimpinan bertujuan untuk bekerja bagi menjayakan misi dalam tempoh empat tahun.

“Fasa sekarang merupakan fasa memperkasakan IKRAM iaitu fasa amal. Jadi kita nak apa yang kita lakukan menjadi kerana itu merupakan sasaran kita,” katanya.

Beliau turut memberitahu mengenai proses transisi dalam tempoh enam tahun dengan mempersiap IKRAM dengan Pusat Tarbiah IKRAM (PTI).

“(Pertama), kita akan mempersiap IKRAM dengan Pusat Tarbiah IKRAM (PTI) iaitu mewujudkan Akademi IKRAM yang bertujuan menyediakan modul-modul keterampilan bagi pimpinan yang telah terpilih.

“Kedua, menyediakan pelapis kepada kepimpinan masa akan datang dengan mengenal pasti bakat-bakat ahli IKRAM yang punyai bakat kepimpinan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua generasi.

“Manakala yang ketiga, mewujudkan dan membangunkan ruang kepakaran (centre of excellence) bagi menjana kepakaran dalam setiap bidang,” ujarnya.

Ustaz Mohd Parid turut berharap dalam fasa yang akan datang kualiti bidang pengurusan IKRAM akan diangkat menjadi pengurusan cemerlang.

“Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya untuk mengangkat keupayaan serta kemahiran dan akhirnya akan mampu memperkuat arus usaha kita untuk menegakkan Islam di tanah air.

“Apa yang penting adalah kita kena beriktikad, semakin lama semakin baik dan meningkat, insya-Allah kita akan menjana kejayaan (dan) seterusnya menggapai misi,” tambahnya.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia yang baharu iaitu Tuan Haji Nahar Md Nor yang turut menyeru semua kakitangan sepenuh masa IKRAM untuk memperkasakan keupayaan diri dengan menambah ilmu dan melakukan kajian (research) dalam jawatankuasa atau jabatan masing-masing.

Pada majlis yang sama, Ustaz Mohd Parid turut menyampaikan hadiah daripada Badan Kebajikan Kakitangan IKRAM (BAKIM) kepada kakitangan IKRAM yang baru mendirikan rumah tangga iaitu Encik Mohamad Hanif Mohamad Fadzil dari Jabatan Penerangan dan Media.

Dua lagi kakitangan IKRAM yang baru menerima cahaya mata turut menerima sumbangan hadiah daripada BAKIM iaitu Encik Mohd Hafiz Abd Hamid dari Jabtan Belia dan Remaja serta Ustaz Noor Syazly Rameli dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia