Perkasa Bahasa Ibunda, Kebangsaan Bentuk Keharmonian

Perkasa Bahasa Ibunda, Kebangsaan Bentuk Keharmonian | IKRAM

KUALA LUMPUR –  Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2025 telah berlangsung dengan penuh harmoni semalam di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). 

Acara tahunan yang bertemakan “Pendidikan Pelbagai Bahasa Adalah Tonggak Pembelajaran Antara Generasi” ini menekankan kepentingan pendidikan multilingual dalam mengekalkan kelangsungan bahasa ibunda serta memperkukuh perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari dalam ucapan perasmiannya menyatakan, kehadiran para hadirin daripada pelbagai etnik menggambarkan semangat dan kecintaan terhadap bahasa ibunda yang membentuk jati diri individu serta mencerminkan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Malaysia.

“Bahasa ibunda bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga cerminan identiti yang memperkukuh warisan budaya dan nilai tradisi sesuatu bangsa.”

“Dalam konteks pembinaan negara bangsa, kita sebagai warga Malaysia perlu menguasai dan memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan tanpa mengetepikan kepentingan bahasa ibunda masing-masing,” ujar beliau.

Beliau turut menekankan bahawa DBP telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan, termasuk perkamusan, peristilahan dan penerbitan buku bagi memudahkan pembelajaran bahasa Melayu.

Tambahnya, usaha pemerkasaan bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan perlu dilaksanakan secara serentak bagi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia terus dipelihara.

“Kita bersyukur kerana dasar kerajaan Malaysia menggalakkan pendidikan pelbagai bahasa, membolehkan setiap kaum memelihara bahasa ibunda mereka di samping menguasai bahasa kebangsaan.”

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan bahawa penguasaan bahasa Melayu terus diperkukuh sebagai bahasa perpaduan nasional, sementara bahasa ibunda terus dilestarikan dan dimartabatkan dalam kalangan generasi muda,” tambah beliau.

Dalam ucapan pembukaan, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj. Badlishah Sham Baharin menekankan bahawa pendidikan pelbagai bahasa memainkan peranan penting dalam mengekalkan nilai budaya dan sejarah sesuatu bangsa.

“Bahasa ibunda adalah cerminan identiti kita. Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga perantara untuk mengekalkan nilai-nilai warisan nenek moyang kita. Kita perlu memastikan bahawa warisan bahasa ini terus hidup dan berkembang, bukan sahaja dalam komuniti masing-masing tetapi juga dalam sistem pendidikan yang mendukung kepelbagaian linguistik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam era globalisasi ini, cabaran terbesar adalah memastikan bahasa ibunda tidak hilang ditelan arus kemodenan. Oleh itu, ujarnya, penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan dan kehidupan seharian perlu diperkasa, seiring dengan pengukuhan bahasa kebangsaan sebagai medium perpaduan.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan video “Language Movement”  dan lagu tema HBIA, “Sayang Bahasa Ibunda” dan forum yang bertajuk “Multilingual Education Is a Pillar of Intergenerational Learning.”

Lebih bermakna lagi, sambutan ini turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, H.E. Md Shameem Ahsan,  yang memberikan sagu hati kepada para ahli panel forum dan menyampaikan ucapan pada akhir majlis.

Sambutan HBIA 2025 dianjurkan bersama oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia (TFM), Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JAOS) dan Dong Zong sebagai penganjur utama.

Sambutan ini turut disokong oleh NGO lain sebagai penganjur bersama dan rakan strategik termasuk Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) dari Sabah yang turut serta sejak tahun 2023 dalam usaha memelihara dan memperkaya kepelbagaian bahasa di Malaysia.

Majlis ini dihadiri oleh wakil Penasihat Jawatankuasa Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, Usharani Sarkunavalu; Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia (Tamil Foundation), Kugeneswaran Tamilmany; Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Hau Wan Hock ; Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng dan Timbalan Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Nora Kantin.

Selain itu, turut hadir Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Lee Kam Wah; Setiausaha Agung Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Patrick Tan Soon Lim; Pengerusi Majlis Pengetua dan Guru Besar Sekolah Islam Malaysia, Ustaz Isharudin Ismail; Setiausaha Kehormat Merdeka University Berhad, Tan Chin Yim dan Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia (FAATUM), Teoh Boon Yeng.

Hadir bersama wakil daripada IKRAM dalam majlis sambutan ini ialah Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff dan Ketua Kluster Perpaduan Nasional, Dr Sabariah Baharun. 

Acara ini  menyeru komitmen semua pihak dalam memastikan bahasa ibunda terus dihormati dan dilestarikan sebagai khazanah berharga yang menyumbang kepada pembinaan negara yang bersatu dalam kepelbagaian.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia