Perhimpunan Tahunan IKRAM 2014 (PTI 2014) – “Malaysia Menuju Negara Rahmah”

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Perhimpunan Tahunan IKRAM 2014 (PTI 2014) akan diadakan pada Sabtu, 25 Oktober 2014 bertempat di Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah, Subang Jaya, Selangor.

PTI adalah acara kemuncak tahunan IKRAM yang menghimpunkan pimpinan dan ahli-ahli IKRAM dari seluruh negara dan termasuk wakil-wakil IKRAM dari luar negara untuk mendengar amanat pimpinan, memberi maklum balas kepada pimpinan serta berkongsi laporan aktiviti. PTI 2014 akan menghimpunkan sekitar 2,500 orang tetamu, pimpinan dan ahli IKRAM.

Antara acara penting PTI 2014 adalah Ucapan Dasar Presiden yang bertemakan ‘Malaysia Menuju Negara Rahmah’. Presiden IKRAM akan menghuraikan tema ini yang antara lain akan menggagaskan bentuk negara Malaysia yang diperjuangkan oleh IKRAM.

Kami ingin menjemput pihak media untuk membuat liputan majlis ini. Satu sidang media akan juga diadakan selepas majlis perasmian PTI 2014, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah Aturcara Majlis Perasmian PTI 2014:

Tarikh: 25 Oktober 2015 (Sabtu)

8.30 pagi – Ketibaan Tetamu dan peserta

9.00 pagi

  • Perarakan masuk Pimpinan IKRAM

  • Lagu Negaraku

  • Lagu IKRAM

  • Bacaan al-Quran

  • Ucapan Alu-aluan oleh SUA IKRAM, Hj Nahar Md Nor

  • Ucapan Dasar Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

  • Pelancaran-pelancaran:
    • Modul Tarbiah IKRAM 2014
    • Humanitarian Care Malaysia (myCARE)
    • Hidayah Centre Foundation (HCF)
    • Ansar Initiative
    • TV IKRAM

11.30 pagi – Jamuan ringan dan Sidang Media

Maklumat lanjut boleh diperoleh di pautan berikut: http://pti.ikram.org.my/2014/

HJ NAHAR MD NOR

Setiausaha Agung

Pertubuhan IKRAM Malaysia

019-3328141


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia