Perhimpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka Ahad ini

Perhimpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka Ahad ini

KUALA LUMPUR – Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE akan menganjurkan perhimpunan aman Freedom for Palestine di Dataran Merdeka Ahad ini, sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Ahli jawatankuasa bagi perhimpunan itu, Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata, acara tersebut, yang bermula pada 10.30 pagi, dijangka dihadiri kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai latar belakang agama dan tidak hanya menyasarkan umat Islam.

“Kira-kira 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Dataran Merdeka Ahad ini. Mereka akan membawa bendera Palestin, namun mereka bukan berkonvoi kerana kami hanya ingin mewujudkan kehadiran mereka dengan menempatkan motosikal mereka di sana,” katanya pada sidang akhbar mengenai perhimpunan itu di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan menjadi tetamu kehormat bersama penceramah lain seperti pemimpin gereja yang berpengaruh Goh Keat Peng, pempengaruh Kavitha Sidhu dan aktivis hak asasi manusia Tan Zee Kin.

Perhimpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka Ahad ini

“Menerusi perhimpunan ini, saya harap kita akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai krisis kemanusiaan di Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kebebasan, keadilan serta kesaksamaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin pula berkata, pihaknya dan MyCARE tidak akan mengutip derma semasa perhimpunan itu.

“Tiada kutipan dan tiada Tabung Kemanusiaan Palestin. Jadi, pihak keselamatan akan memastikan bahawa kutipan derma tidak akan dibuat pada perhimpunan itu,” katanya.

Beliau turut menasihati peserta yang bakal hadir agar sentiasa mematuhi arahan pihak penganjur, menggunakan simbol keamanan yang menguatkan mesej positif dan membawa minuman untuk kekal bertenaga.

“Gunakan pengangkutan awam kerana khalayak yang ramai, saya juga ingin menasihati orang ramai agar mengelak daripada melakukan sebarang tindakan ganas atau tingkah laku yang agresif dan tidak menimbulkan perpecahan atau mewujudkan konflik,” katanya.

Turut bersama dalam sidang akhbar itu Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor.

Sumber: Bernama

Nota: Anda boleh cetak sepanduk di pautan di bawah untuk dibawa bersama
🔗 https://bit.ly/3FqUf8N

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia