Perginya Tokoh Pemikir Islam, Tan Sri Dr Kamal Hassan

Perginya Tokoh Pemikir Islam, Tan Sri Dr Kamal Hassan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Tokoh pemikir Islam, Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis.

Beliau yang yang juga mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 80 tahun.

Jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islm Bandar Baru Bangi, hari ini.

Terdahulu, Almarhum Mohd Kamal telah diamanahkan sebagai Rektor UIAM pada 1999 hingga 2006.

Selain itu, beliau juga turut berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Beliau pernah dinobat sebagai Profesor Ulung atas sumbangan bakti dalam dunia akademik dan juga penulis buku ‘Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika.’

Ketokohannya turut diiktiraf sehingga ke seantero dunia dan menjadi tokoh ilmuwan yang cukup disegani.

Pemergian beliau dimaklumkan oleh anaknya sendiri dan ia dikatakan akibat komplikasi daripada prosedur pembedahan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia