Pergantungan Prof Aziz Bari: Kenyataan Media IKRAM

2. IKRAM berpendirian bahawa kebebasan memberi pandangan adalah hak setiap rakyat Malaysia, khususnya bagi seorang ahli akademik, yang dijamin oleh Perlembagaan.

3. IKRAM percaya bahawa sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pandangannya dalam bidang kepakaran beliau demi kepentingan masyarakat dan agama.

4. IKRAM turut bersimpati di atas segala celaan dan tomahan yang dilontarkan ke atas peribadi Prof Abdul Aziz, dan sepatutnya mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau membalas dengan hujah secara profesional.

5. IKRAM mengajak seluruh masyarakat, terutamanya para pemimpin, untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Amirul Mukminin Khalifah Umar al-Khattab ditegur oleh seorang wanita yang bercanggah dengan hasrat Khalifah untuk menetapkan kadar mahar bagi wanita yang hendak dikahwini, dan teguran ini telah diterima oleh Khalifah dengan sikap berlapang dada.

6. IKRAM menyokong kebebasan akademik yang termaktub dalam artikel-artikel 26 dan 27 dokumen UNESCO yang bertajuk Recommedations Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel yang menegaskan bahawa para ahli akademik mempunyai hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi dan mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa hukuman semata-mata kerana menggunakan hak tersebut.

7. IKRAM berharap pihak polis dan majikan Prof Abdul Aziz akan bertindak secara telus serta memberikan keadilan yang sewajarnya kepada beliau.

 

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia