Perdana Menteri Ke-10: Ulangan Atau Baharu?

Perdana Menteri Ke-10: Ulangan Atau Baharu? | IKRAM

Tarikh 19 November ini bakal menyaksikan rakyat Malaysia memilih barisan kepimpinan negara. Ia juga bakal menentukan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesepuluh.

Empat tokoh dibariskan oleh empat gabungan parti utama. Dalam keempat-empat barisan tokoh yang dicalonkan, tiga daripadanya pernah menjadi Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. 

Manakala antara keempat-empat calon ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh yang belum lagi berada di tampuk paling tinggi kepimpinan eksekutif negara. Maknanya, kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri belum teruji.

Siapakah yang bakal dipilih oleh rakyat? Adakah rakyat memilih Perdana Menteri yang baharu atau rakyat lebih cenderung untuk mengulangi dan memberi peluang kali kedua kepada mereka yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia?

PRU15 dan PM10

Memilih calon akan membawa kepada kemenangan peribadi. Memilih parti gabungan akan membawa kemenangan pasukan dan pembentukan kerajaan. Namun, adakah peluang bagi satu gabungan yang ada ini memenangi majoriti mudah?

Beberapa institusi kajian seperti Merdeka Center, Endeavour-MGC dan IDE baru-baru ini melalui survei yang dilakukan, menunjukkan tiada satu pun gabungan parti yang akan mendapat majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi parlimen. Jadi, apakah yang akan berlaku?

Semua masih dalam keadaan luar jangka. Boleh sahaja Perikatan Nasional bergabung dengan Barisan Nasional, maka rakyat akan mendapat Perdana Menteri sama ada Muhyiddin atau Ismail Sabri, manakala Pakatan Harapan akan terus menjadi pembangkang.

Atau adakah peluang untuk Pakatan Harapan bangkit dengan majoriti mudah 112 kerusi? Ia hanya akan berlaku jika mereka mampu mempengaruhi rakyat dalam tempoh beberapa hari sebelum mengundi.

Oleh itu, siapa yang akan menjadi Perdana Menteri nanti bakal ditentukan oleh 60 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Kenapa? Ini kerana pelbagai kajian dibuat menunjukkan bahawa 60 peratus pengundi ini adalah pengundi ‘atas pagar’ yang akan melihat ke saat terakhir siapakah yang menjadi pilihan mereka di kertas undi. 

Manakala 40 peratus lagi adalah pengundi yang telah tetap pendirian. Walau apa pun yang berlaku, mereka tetap akan mengundi parti dukungan mereka, sama ada pemimpin mereka baik mahupun buruk.

Jadi, kepada pengundi 60 peratus yang mewakili majoriti rakyat Malaysia, andalah yang menentukan kerajaan yang bakal dibentuk.

Sama ada anda akan bersama dengan 40 peratus rakyat atau anda mahu memilih sesuatu yang baharu iaitu memberikan Malaysia seorang Perdana Menteri yang baharu, anda tentukan! Pilih dengan bijak!

Siti Hamisah Manan
Ketua Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia