Perang Iran vs AS-Israel: Mampukah Malaysia Bertahan?

1. Perang Asia Barat 2026 dimulakan oleh AS-Israel melalui Operation Epic Fury pada 28 Februari 2026.

2. Ini adalah isu perebutan kuasa tenaga (who will control the energy?), yang boleh membawa kepada “krisis tenaga” (minyak dan gas) secara global jika terus berlarutan.

3. Disebabkan ini adalah krisis tenaga, ia tidak tamat apabila serangan berhenti atau genjatan senjata dicapai semata-mata. Ia tamat hanya setelah bekalan dipulihkan dan harga distabilkan.

4. Apabila rantaian bekalan di Selat Hormuz terputus, bekalan tenaga dalam negara mesti diurus. Pengumuman PMX semalam iaitu menurunkan had BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter, adalah untuk tujuan ini (bukan sekadar pemotongan subsidi).

5. Kiraan kasar kami, langkah ini mampu memelihara sekitar 165 juta liter minyak sebulan, selain menjimatkan sekitar RM300 juta subsidi yang akan memberikan ruang fiskal tambahan bagi kerajaan.

6. Bagi 10% pengguna yang terjejas secara langsung, kebimbangan mereka adalah wajar. Namun hakikatnya, harga minyak mentah global telah melonjak hampir 53% sejak konflik bermula. Kerajaan, buat masa ini, masih menyerap sebahagian besar tekanan inflasi ini bagi pihak rakyat.

7. Pilihan sebenar bukan antara 200 liter atau 300 liter atau 120 liter. Pilihan sebenar adalah antara menguruskan bekalan sekarang, atau menghadapi tekanan yang lebih besar kemudian.

8. Harga minyak untuk penghantaran akhir 2026 diniagakan jauh lebih rendah daripada harga semasa. Pasaran global menjangkakan konflik ini bersifat sementara. Malaysia perlu bertahan dalam tempoh ini.

9. Mengenai polisi Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bakal diumumkan perinciannya, ia memang mekanisme sokongan untuk urus permintaan kepada bekalan tenaga. Namun, bagi sektor swasta, ia wajar kekal sebagai galakan fleksibel sahaja. Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas.

10. IKRAM berpandangan langkah seterusnya perlu menumpukan kepada kestabilan harga barang keperluan asas dan kos logistik pula. Walaupun penyelesaian yang bakal dilaksanakan adalah kurang popular, ini boleh mengelakkan kos bisnes dan kos sara hidup meningkat terlalu mendadak.

11. IKRAM akan terus memantau perkembangan ini dan menyumbang analisis serta perspektif kepada perbincangan awam.

 

Ammar Roslizar
Ahli Jawatankuasa Pusat
Agenda Nasional (Ekonomi)
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia