Peranan ahli IKRAM suburkan keharmonian

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM, Prof. Madya Hj. Badlishah Sham Baharin, ahli-ahli seharusnya memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat, menyelesaikan masalah, menyentuh dan merasakan denyut nadi mereka.

“Kita mahu galakkan ahli kita supaya mereka keluar kepada masyarakat,” kata beliau yang menyifatkan bahawa tarbiah IKRAM sepatutnya menghasilkan ahli seperti itu.

Saranannya itu dinyatakan supaya ahli IKRAM tidak asing daripada kelompok masyarakat dalam usaha menyampaikan mesej rahmatan lil ‘alamin.

“Kalau usrah kita hanya duduk berbincang dan tidak keluar, tidak sentuh, kita tidak akan merubah apa-apa,” tambahnya.

Beliau mengakui topik keharmonian kaum ini biasanya berlegar dalam kalangan masyarakat berpendidikan tinggi dan tidak sampai kepada masyarakat awam.

Oleh itu, IKRAM melalui Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) sedang berusaha merangka pelan untuk membawa mesej keharmonian antara kaum ini kepada masyarakat dengan pendekatan terbaik.

“Kita sedar perbincangan tentang national harmony hanya dalam kalangan intelektual saja.”

“Sekarang, kita mahu bawa juga perbincangan tentang national harmony ini sampai kepada semua,” tegasnya.

    

Antara aktiviti Kem Merdeka GO

Terbaru, IKRAM bersama Tamil Foundation, Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) dan Lim Lian Geok (LLG) Develpoment Centre turut menganjurkan Kem Merdeka GO pada 10 September lalu sebagai salah satu aktiviti silang budaya yang mempromosikan keharmonian kaum di peringkat sekolah.

Dengan falsafah ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’, program tersebut telah disertai seramai 50 orang murid daripada pelbagai kaum daripada tiga buah sekolah iaitu SM Hin Hua, SMK Raja Mahadi dan SMI Hira’, Jeram.

Dengan slot menarik seperti Permainan Stesen dan Mencari Khazanah, dan Pembuatan Panji Seni Kolaj, penganjuran program tersebut antara lain ingin menggalakkan interaksi antara kaum serta memupuk nilai saling menghormati antara kaum dan individu.

Foto Merdeka GO: http://bit.ly/2z5mtFM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia