Kumpulan penyelidik tersebut diketuai Prof Che Husna Azhari bersama Pn Wan Roslina Wan Yusoff dan Peguam Fakihah Azahari.
“Pasukan ini hadir menjalankan penyelidikan bagi pihak IKSIM,” demikian ujar Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Beliau berkata, tujuan kunjungan tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan Wanita IKRAM mengenai isu-isu pembangunan dan perkembangan wanita, masyarakat dan perundangan negara.
“Selain itu, mereka ingin mendapatkan pandangan mengenai isu pengaruh ideologi leberalisme dan feminisme yang melanda masyarakat masa kini.”
Perbincangan dalam suasana mesra dan mahabbah berlangsung selama hampir 4 jam itu turut membincangkan saranan penyelesaian kepada isu-isu semasa masyarakat berdasarkan pandangan syariah.
“Ini kerana Islam adalah sebagai penyelesaiaan dalam membina Malaysia Menuju Negara Rahmah,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Wanita IKRAM turut berkongsi pendirian IKRAM mengenai kedudukan wanita dalam masyarakat melalui perkongsian Piagam Wanita Islam.
“Semoga perkongsian fikrah Islam dapat disebar luas melalui perkongsian idea dan pemikiran yang berterusan ini.”
Turut hadir menyambut kunjungan tersebut adalah Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim, Naib Ketua Wanita, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan para Ahli Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM.