Penyelesaian lebih harmonis melalui perbincangan tertutup

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr Omar Yaakob, IKRAM telah menganjurkan satu perbincangan meja bulat mengenai isu ini pada 14 Julai lalu yang melibatkan pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina di Malaysia.

Katanya, pertubuhan tersebut ialah Dong Zong, Jiao Zong, LLG Centre, Centre for Malaysian Chinese Studies, KLSCAH dan Gabungan Lembaga-lembaga Sekolah-sekolah Cina Selangor & Kuala Lumpur.

“IKRAM menganjurkan perbincangan ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai UEC serta mengenal pasti titik-titik pertikaian dan persefahaman tentang isu pengiktirafan UEC,” kata beliau.

“Kami telah menyuarakan keprihatinan dan kegusaran masyarakat Melayu Muslim terhadap pengiktirafan UEC.”

Sebelumnya, wakil Dong Zong telah memberi penerangan mengenai sistem  pendidikan Cina dan peperiksaan UEC yang mereka kendalikan.

“IKRAM meminta aktivis pendidikan Cina untuk mengambil kira perkara-perkara tersebut dalam usaha mendapatkan pengiktirafan kepada sijil UEC sebagai syarat am kemasukan ke IPTA,” tegas Omar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mencadangkan beberapa jalan penyelesaian yang diharapkan boleh diterima oleh semua pihak.

“Walaupun belum ada  kata sepakat,  perbincangan merumuskan bahawa  perkongsian sebegini perlu diteruskan  untuk merapatkan jurang kefahaman dan persefahaman antara satu sama lain.”

Justeru, beliau bersetuju untuk melibatkan lebih banyak pihak dalam perbincangan yang akan datang.

“Perbincangan memohon semua pihak  berpegang kepada sikap bertolak ansur dan mengambil langkah yang memberi kemaslahatan terbaik kepada pembangunan peradaban sejahtera di tanah air,” tambah Omar lagi. 

Sebagai langkah proaktif jelasnya, aktiviti-aktiviti kokurikulum berbentuk silang budaya dan pemerkasaan Bahasa Melayu ditingkatkan di antara Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan sekolah-sekolah lain.

“Dalam hal ini, aktiviti silang budaya yang dipelopori oleh sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH boleh dijadikan contoh.”

Pada 11 Jun lalu, Jawatankuasa Pendidikan IKRAM telah menyerahkan kertas kerja berbentuk cadangan dan pandangan mengenai pendidikan di Malaysia kepada Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik, yang turut menyentuh isu pengiktirafan UEC.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia