Penyakit HFMD Kanak-kanak Di Malaysia Naik 20 Kali Ganda

Penyakit HFMD Kanak-kanak Malaysia Naik 20 Kali Ganda | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Sehingga 21 Mei, sebanyak 47,209 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) direkodkan, iaitu peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 yang hanya mencatatkan 2,237 kes.

“Kes dilaporkan bagi minggu epidemiologi (ME) 20/2022 adalah 15,548 kes berbanding ME 19/2022 iaitu hanya 7,526 kes di seluruh negara, di mana peningkatan sebanyak 106.6 peratus,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya.

Beliau berkata, peningkatan kes pada ME 20 telah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan hari raya.

“Pada tahun 2022, sehingga 21 Mei, negeri Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 13,640 kes (28.9 peratus).”

Seterusnya, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 6,206 kes (13.1 peratus), Perak 4,099 kes (8.7 peratus), Kelantan 3,726 kes (7.9 peratus) dan Sabah 3,352 kes (7.1 peratus).

“Sementara negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 2,500 kes,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun 2022 adalah Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71).

“Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat dua kes HFMD positif EV71 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis).”

Tambahnya lagi, kedua-dua kes tersebut adalah kanak-kanak berumur bawah 6 tahun.

“Sehingga kini, sebanyak 1,168 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah WPKL dan Putrajaya iaitu 413 wabak (35.4 peratus), diikuti Selangor 143 wabak (12.2 peratus) dan Perak 130 wabak (11.1 peratus)”

Jelas Noor Hisham lagi, wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.

“Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah iaitu 711 wabak (61 peratus) diikuti oleh rumah persendirian dengan 407 wabak (35 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 42 wabak (3 peratus),” katanya.

Berikutan itu. Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan tindakan kawalan dan langkah pencegahan bagi penyakit HFMD di seluruh Malaysia meliputi sejumlah 5,214 premis yang diperiksa.

“Sejumlah 138 premis telah ditutup di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala 41 premis ditutup secara sukarela.”

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah turut menjalankan sesi libat urus dengan agensi yang menyelia pengurusan taska, tadika dan prasekolah, sejak ME 17/2022 berikutan peningkatan kes HFMD di kebanyakan negeri.

“Sesi dibuat dalam bentuk sesi townhall, webinar, taklimat dan tunjuk cara terutama berkaitan proses disinfeksi,” beritahunya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia