Penutupan Pusat Operasi Banjir i-Bantu Pulau Pinang

“i-Bantu Pulau Pinang mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli IKRAM dan seluruh institusi IKRAM yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk menghulurkan bantuan di sini,” kata Ketua Pusat Operasi Banjir, Encik Hamizat Ahmad.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Malaysia secara perseorangan atau berkumpulan yang datang membantu sama ada dalam bentuk tenaga, fikiran, peralatan, barangan dan wang ringgit.

Tambahnya lagi, penghargaan ini turut ditujukan kepada rakyat Thailand dan Singapura yang datang membantu secara perseorangan dan berkumpulan.

“Setelah lapan hari bertungkus lumus siang dan malam, pada hari ini banyak perkara telah selesai dan masing-masing telah pun kembali ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa.”

Jelasnya, peristiwa banjir baru-baru ini memberi pengajaran bahawa Allah memberi ujian atas keimanan dan sikap kepedulian serta tolong-menolong sesama warga Malaysia tanpa mengira agama, ras dan warna kulit.

“Penglibatan warga Malaysia ini juga mengetepikan sikap pilih kasih dan fahaman politik justeru menyosong pembinaan negara Rahmah yang kita idam idamkan.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia