Pengurusan Kurikulum SRAZ, SMAI Terbaik Di Kedah

Pengurusan Kurikulum SRAZ, SMAI Terbaik Di Kedah | IKRAM

ALOR SETAR – Dua sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Al-Azhar (SRAZ), Jitra dan Sekolah Menengah Al-Islah (SMAI), Sungai Petani telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik Sekolah Swasta Kedah 2022.

SRAZ menerima anugerah tersebut bagi kategori sekolah rendah, manakala Sekolah Menengah Al-Islah (SMAI), Sungai Petani menerima anugerah kategori sekolah menengah dalam Majlis Anugerah Institusi Pendidikan Swasta Kedah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Guru Penolong Kanan Kurikulum SRAZ, Intan Sharina hadir menerima anugerah bagi pihak sekolah sambil diiringi oleh Pengetua Sekolah Menengah Al-Azhar, Mohd Syahir Ismail, manakala SMAI diwakili Noor Asikin Othman.

Majlis yang berlangsung di Dewan Konvokesyen Albukhary International University pada 8 Oktober lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kedah, Tuan Malek Abu Hassan, yang turut menyampaikan anugerah-anugerah tersebut.

“Majlis yang julung-julung kali diadakan ialah bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada tenaga pengajar dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia,” kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Swasta JPN Kedah, Tn Mohamad Basri Md Jusoh dalam ucapan alu-aluannya.

Menurutnya lagi, pengiktirafan itu diberikan dengan mengambil kira peranan dan sumbangan institusi-institusi pendidikan swasta dalam memartabatkan sistem pendidikan di negara ini amnya dan di negeri Kedah khususnya.

Tahniah Sekolah Rendah Al-Azhar dan Sekolah Menengah Al-Islah atas anugerah tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia