Penglibatan Syed Ibrahim dalam politik kepartian

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan perlantikan Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), seperti yang diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

IKRAM menghormati keputusan Tuan Syed Ibrahim untuk melepaskan jawatannya dalam IKRAM dan terlibat aktif dalam politik.

Sebagai salah seorang Naib Presiden dalam IKRAM, beliau telah menunjukkan kegigihan dan kesungguhan yang amat tinggi dalam mempelopori usaha-usaha IKRAM khususnya dalam membina rangkaian hubungan dan melaksanakan program perubahan ke arah kebaikan dan kesejahteraan negara menerusi relung amal masyarakat madani.

IKRAM percaya dengan latar belakang, pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau boleh berjaya dalam apa juga medan yang bakal diceburi.

IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang amat besar kepada IKRAM khasnya dan masyarakat madani amnya.

Semoga beliau dapat terus menyumbang kepada pembinaan negara bangsa Malaysia dalam lapangan politik kepartian yang diceburinya.

IKRAM berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayah-Nya dalam setiap urusan beliau. Selamat maju jaya.

 

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia