Di antara objektif mengadakan MIPHC ini adalah:
- Meraikan saudara baru di bulan yang mulia ini
- Menjana dana untuk usaha pemerkasaan saudara baru ke hadapan
Akhirnya sumbangan anda akan membantu usaha memberi sokongan untuk memperkasakan akidah saudara baru dan melakukan dakwah kepada yang belum Islam. Semenjak ditubuhkan pada tahun 2005, sekarang sudah ada 18 pusat Hidayah Centre di seluruh Negara. Majlis seperti ini juga diadakan di Pulau Pinang, Kedah, Seremban, Kuantan, Kota Kinabalu, Papar, dan Kundasang.
Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kesemua penyumbang budiman yang telah menyumbang menjayakan majlis ini. Moga sumbangan anda termasuk di dalam infak fisabilillah seperti firman Allah:
“Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, yang padan tiap-tiap butir tersebut ada seratus benih (yang lain). Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah, 2:216)
Saya mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Taala meluaskan rezeki anda semua dan memberkati kehidupan anda dan keluarga. Allahumma amin.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Tuan Haji Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester. Pengerusi Hidayah CentreSumber: