Pengajaran Daripada Konflik Rusia-Ukraine

Pengajaran Daripada Konflik Rusia-Ukraine | IKRAM

Tanggal 24 Februari 2022, masyarakat dunia dikejutkan dengan keputusan drastik Presiden Rusia, Vladimir Putin yang melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas Ukraine. 

Pencerobohan ini bukan pencerobohan pertama Rusia ke atas kedaulatan negara lain. Rusia pernah melakukannya ke atas Georgia pada tahun 2008. 

Kronologi pencerobohan 

Provokasi tercetus apabila puak pemisah pro-Rusia yang merupakan penduduk Ukraine daripada etnik berbahasa Rusia di wilayah Donbass di timur Ukraine yang menuntut supaya wilayah tersebut dimerdekakan daripada Ukraine dan diisytiharkan sebagai sebuah wilayah jajahan Rusia. 

Pertempuran berlaku di sekitar bandar Donetsk dan Luhansk di wilayah tersebut antara tentera Ukraine dan puak pemisah. Tentera Rusia juga secara tidak langsung terlibat dalam pertempuran tersebut. 

Keadaan menjadi semakin tegang apabila pihak Rusia telah mewartakan secara paksa wilayah Crimea yang sebelum ini merupakan sebuah wilayah di selatan Ukraine, sebagai wilayah jajahan Rusia pada tahun 2014. 

Selain itu, pertempuran di wilayah Donbass ini turut meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati rakyat Malaysia apabila pesawat penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh di wilayah ini pada tahun 2014, yang sehingga kini belum terjawab teka-teki siapakah pesalah yang terlibat. 

Provokasi yang dilakukan oleh pihak Rusia semakin rancak apabila mereka mengumpulkan aset ketenteraan di sepanjang persempadanan Ukraine di Belarus, di timur dan selatan Ukraine sejak penghujung tahun 2021. Perbuatan ini dikutuk hebat oleh Amerika Syarikat dan sekutu mereka di Eropah. 

Apa Rusia mahu? 

Propaganda pencerobohan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Ukraine adalah supaya Ukraine menyerahkan semua aset ketenteraan mereka dan memerdekakan wilayah Donbass. Rusia turut mendakwa Ukraine mempunyai senjata biologi yang menjadi ancaman kepada Rusia. 

Walau bagaimanapun, kesemuanya itu hanyalah tipu muslihat Rusia bagi mengaburi mata dunia. Sudah sebulan lebih pencerobohan berlaku dan belum ada bukti nyata yang menunjukkan Ukraine mempunyai senjata biologi. 

Selain itu, Ukraine pernah menyatakan hasrat untuk menyertai pakatan ketenteraan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang terdiri daripada Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah.

Perkara ini menjadi ancaman kepada Rusia kerana mereka merasakan pihak NATO semakin menghampiri perbatasan negara mereka.

Justeru itu, Rusia bertindak dulu dengan menceroboh Ukraine agar mereka membatalkan hasrat tersebut. Ternyata sekali pencerobohan ini mengukuhkan lagi hubungan NATO dan Ukraine. 

Akibat kerakusan Putin 

Sejak pencerobohan tersebut, Rusia telah dikenakan sekatan oleh majoriti negara besar di dunia, terutamanya dari segi aspek ekonomi. Penyumbang terbesar dalam sekatan ini adalah daripada Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat Amerika yang melabur di Rusia seperti McDonald’s dan Apple diarahkan tutup dan media sosial utama dunia seperti Instagram dan facebook tidak dapat digunakan di Rusia.

Namun begitu, Rusia masih mampu bertahan dan mandiri diri memandangkan Rusia juga merupakan antara negara pengeluar utama dunia, terutamanya dalam sektor minyak dan gas. 

Rusia turut menerima tamparan hebat di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila majoriti negara di dunia mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan Rusia telah diundi keluar daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB atas kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk awam Ukraine semasa pencerobohan dilakukan. 

Di sebalik apa yang berlaku, Ukraine dan penduduknya semakin mendapat perhatian dan simpati penduduk seluruh dunia. Sejak peperangan tercetus, ramai penduduk Ukraine menjadi pelarian di negara jiran seperti Poland, Moldova, dan Romania.

Di Poland, mereka disambut seperti tetamu luar biasa. Makanan dan pakaian panas disediakan sebaik sahaja ketibaan mereka di sempadan. Malah, kelengkapan persenjataan turut dibekalkan oleh pihak NATO kepada Ukraine bagi berdepan tentera Rusia. 

Impak Konflik Rusia-Ukraine 

Peristiwa ini telah menyaksikan seramai 4.4 juta pelarian rakyat Ukraine yang melarikan diri ke negara jiran di sekitar Eropah. Mereka kesemuanya tanpa sebarang bekalan asas dan tiada tempat tinggal.

Tempat tinggal mereka sama ada ditinggalkan atau musnah dibedil oleh tentera Rusia yang turut juga mensasarkan prasarana awam meskipun mereka kerap kali menyangkal dakwaan ini. 

Seramai 1,800 angka korban penduduk awam telah dicatatkan sejak hari pertama pencerobohan Rusia. Kanak-kanak dan juga wanita turut menjadi korban.

Presiden Putin bakal berdepan dakwaan membunuh penduduk awam Ukraine di Bucha dan di stesen keretapi Kramatorsk berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi. 

Tambahan pula, Rusia turut mengalami kerugian yang besar di mana ramai tenteranya terkorban, termasuk pegawai atasan ketenteraan Rusia. Aset ketenteraan Rusia juga banyak yang musnah dan dirampas oleh tentera Ukraine.

Beberapa bukti juga menunjukkan bahawa semangat tentera Rusia untuk berperang di Ukraine amatlah rendah memandangkan bekalan seperti makanan dan kelengkapan mereka tidak mencukupi. 

Pengajaran 

Pencerobohan Rusia ke atas kedaulatan negara Ukraine sedikit sebanyak menjadi titik perubahan terhadap situasi geopolitik dan sosial di Eropah. Peristiwa ini telah membuka mata dunia agar tidak terlalu bergantung terhadap negara kuasa besar dunia sehingga ditindas.

Selain itu, kekejaman jenayah perang yang berlaku di Ukraine telah menjadi saksi bahawa suara penduduk di seluruh dunia bersepakat untuk menolak keganasan dan peperangan. 

Situasi yang berlaku di Ukraine ini telah sedikit sebanyak mengalihkan perhatian masyarakat dunia terhadap kekejaman yang telah lama berlaku di negara seperti Palestin dan Syria. 

Semoga suatu hari kelak Palestin bebas daripada cengkaman rejim Zionis.

Mohamad Syazwan Zafwan Mohamad Suffian
Pensyarah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia