Pengajaran Dari Kontroversi 1MDB Dan Tabung Haji

Di samping tanah berjumlah RM188 juta yang telah dibeli oleh Tabung Haji, ada juga laporan menyatakan bahawa Tabung Haji juga telah membeli sukuk berjumlah RM1.6 billion yang telah dikeluarkan oleh 1MDB.

Yang membimbangkan orang ramai ialah terdapat beberapa individu yang sama yang memegang jawatan tinggi dalam Tabung Haji dan juga di dalam 1MDB. Mereka terlibat secara langsung dengan keputusan urusniaga tersebut.

Dengan itu, timbul persoalan sama ada mereka memikirkan kepentingan pendeposit Tabung Haji (yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat termasuk yang berpendapatan rendah dan miskin) atau kepentingan 1MDB. Ini adalah satu perkara yang serius dan akan menjejaskan kewibawaan Tabung Haji sebagai institusi kewangan masyarakat Islam di negara ini.

Punca utama kepada kemelut ini sebenarnya adalah keadaan kewangan 1MDB yang dilaporkan dalam keadaan yang tenat dan mempunyai beban hutang yang sangat besar iaitu lebih dari RM42 billion.

Oleh itu, sebarang urusniaga yang melibatkan 1MDB dipandang serong oleh hampir kesemua lapisan masyarakat. Sebenarnya jika keadaan kewangan 1MDB adalah tidak setenat yang dilaporkan, tentu sekali urusniaganya dengan badan lain termasuk Tabung Haji tidak akan mengundang kontroversi.

Tambahan pula, perkara yang membimbangkan banyak pihak ialah status 1MDB itu sendiri iaitu sebuah syarikat yang bukannya milik persendirian tetapi adalah milik penuh kerajaan Malaysia. Oleh itu, sebahagian dari beban hutangnya yang berjumlah puluhan billion itu dibimbangkan akhirnya akan terjatuh ke atas bahu-bahu rakyat juga.

Satu pengajaran yang boleh diambil dari episod ini ialah perlunya rakyat peka terhadap amalan kerajaan dan semua entiti miliknya gemar berhutang untuk menjalankan aktiviti. Hutang kerajaan dan entiti miliknya yang menghadapi masalah tidak akan ditanggung oleh pengurus entiti tersebut sahaja atau pun oleh pemimpin politik negara. Tetapi beban hutang tersebut akan ditanggung oleh rakyat juga akhirnya.

Akibatnya golongan miskin, lemah, kurang upaya dan berpendapatan lemah juga terpaksa membantu menyelesaikan masalah kewangan kerajaan sama ada dengan pengunaan dana dari entiti yang berkait dengan kerajaan, atau melalui cukai yang dibayar termasuk cukai GST. Ini adalah satu situasi yg sangat tidak adil. Kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan ini bukannya tidak berasas kerana ianya telah pun berlaku di beberapa negara lain termasuk UK dan Jepun.

Di Jepun, cukai ‘penggunaan’ (lebih kurang sama kaedahnya dengan cukai GST) dulu hanya ditetapkan pada kadar 5% sahaja. Tetapi akibat dari beban hutang kerajaan Jepun yang tinggi iaitu lebih dari 220% berbanding KNK negara tersebut, maka kerajaan Jepun telah meningkat kadar tersebut ke 8% dua tahun lepas. Baru-baru ini kerajaan Jepun mengumumkan kadar tersebut akan dinaikkan lagi menjadi 10% dalam masa dua tahun akan datang.

Di UK, kadar cukai tambah nilai (atau VAT, iaitu yang sama kaedah dengan GST di Malaysia) telah lama dinaikkan menjadi 20% bagi kebanyakan produk dan perkhidmatan untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan kerajaan UK.

Sebenarnya, kemungkinan kerajaan Malaysia menaikkan kadar GST lagi pada masa akan datang adalah amat tinggi kerana jumlah hutang kerajaan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun dan diramalkan oleh IMF akan menjadi RM1 trillion pada tahun 2020.

Oleh itu, rakyat tidak ada pilihan lain melainkan berusaha menyekat beban hutang kerajaan dan semua entiti di bawah kawalannya dari terus meningkat. Sebarang defisit  dalam belanjawan akan menambahkan lagi kepada beban hutang kerajaan.

Akhirnya, yang akan menanggung beban hutang tersebut adalah kita semua. Jika kita masih tidak mahu berbuat sesuatu, maka bersedialah dengan senario kenaikan kadar cukai GST pada masa akan datang.

Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Ketua Biro Penyelidikan IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia