Penduduk Paling Ramai Di Dunia: India Bakal Atasi China 2023

Penduduk Paling Ramai Di Dunia: India Bakal Atasi China 2023 | IKRAM

India dijangka mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023 dengan masing-masing mencatatkan jumlah lebih 1.4 bilion penduduk tahun ini.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, ia turut memberi amaran bahawa kesuburan yang tinggi akan mencabar pertumbuhan ekonomi.

Jumlah penduduk dunia dianggarkan mencecah 8 bilion menjelang 15 November tahun ini dan boleh meningkat kepada 8.5 bilion pada 2030.

Manakala sebanyak 10.4 bilion penduduk dunia dianggarkan pada 2100 disebabkan kadar kematian yang semakin perlahan, menurut laporan yang dikeluarkan sempena Hari Penduduk Sedunia.

Menurut bancian domestik yang dijalankan setiap sedekad, penduduk India pada 2011 adalah 1.21 bilion, namun pada 2021, bancian tidak dapat dijalankan berikutan pandemik Covid-19. 

PBB turut menyatakan bahawa lebih separuh daripada unjuran peningkatan penduduk sejagat sehingga 2050 akan tertumpu di lapan negara iaitu Congo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Republik Bersatu Tanzania.

Negara-negara sub-Sahara Afrika dijangka menyumbang lebih separuh daripada peningkatan yang dijangkakan menjelang 2050.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia