Pendirian IKRAM Berkenaan Isu Kalimah Allah

1. IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam di negara kita.

2. IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain untuk menggunakan kalimah “Allah”. Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-‘Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa’ dan ayat 78 surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah “Allah” dengan makna yang bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah, ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

3. IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah “Allah” oleh selain orang Islam, pintu fitnah akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan menghalang penggunaan kalimah “Allah” tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.

4. Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar dihormati.

5. Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar
menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia