Pendidikan seksualiti: Azlina Roszy diundang ke Brunei

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan seksualiti serta cabaran-cabarannya, beliau diundang oleh Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD) iaitu sebuah NGO di Brunei yang memberikan latihan kemahiran kepada golongan kurang upaya dan juga menghantar peserta ke kejohanan paralimpik yang diadakan setiap empat tahun. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan ‘sihat’ sebagai tahap kesempurnaan fizikal, mental dan sosial dan bukan setakat bebas dari penyakit,” demikian ujar beliau.

Dalam penyampaian selama dua jam itu, Azlina yang juga merupakan pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An Nur, Bandar Baru Bangi dan pemilik Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah, telah memberikan definisi kesihatan reproduksi dan seksual dalam konteks yang luas dan menyeluruh.

“Kesihatan reproduksi dan seksual pula ialah berkenaan proses, fungsi dan sistem reproduksi sepanjang hayat serta hak mendapatkan maklumat, hak membuat keputusan di dalam hal-hal berkaitan reproduksi dan seksual secara selamat dan tanpa paksaan.”

Tambah beliau lagi, apabila membincangkan tentang kesihatan reproduksi dan seksual remaja, ia menyentuh kepada hak remaja untuk mendapatkan ilmu dan maklumat dan serta mampu mengatakan ‘tidak’.

“Ilmu ini meliputi perkembangan psikologi remaja, akil baligh dan kedewasaan, sentuhan selamat atau tidak selamat, isu gender dan orientasi seks, penyakit kelamin, jenayah dan salahlaku seksual serta kesan pornografi dan pedofilia,” jelas Azlina.

Beliau juga menyentuh mengenai kematangan otak dan akil baligh, perkembangan perubahan dalam kalangan remaja, cara-cara mengajar kalangan remaja yang berkeperluan khas, isu seksualiti bagi remaja yang berkeperluan khas dan memperkasa remaja dengan pengetahuan dan komunikasi yang lebih baik.

Ceramah hampir dua jam itu dirasmikan oleh Presiden SOBD Lt Kol (B) Pengiran Hj Rambli Pengiran Bunut dan berjaya menarik perhatian hampir 200 peserta yang terdiri daripada ibu bapa, remaja berkeperluan khas, guru-guru dan orang awam.

Dalam pada itu, jawatankuasa penganjur, Pengiran Hartini Pengiran Hj Tahir bercadang mengadakan ceramah dan bengkel susulan berikutan sambutan hangat daripada peserta.

Menurutnya yang merupakan pakar psikologi klinikal di Kementerian Kesihatan Brunei, beliau menerima banyak kes penderaan seksual dalam kalangan golongan kurang upaya kerana ketidakupayaan mereka menyebabkan mereka sering menjadi mangsa penderaan seksual.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap ceramah yang diadakan julung-julung kalinya ini akan membuka mata masyarakat untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka demi kesejahteraan mental dan fizikal golongan ini.

Link: http://mediapermata.com.bn/sobd-anjur-ceramah-pendidikan-kesihatan-2/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia