Pendidik: Tugas mulia penyambung risalah

“Malaysia Baharu perlu nilai tambah yang lebih lestari iaitu individu dan masyarakat soleh yang mengisi negara lalu mengangkat suatu tamadun mulia dan ia memerlukan dakwah Islamiah inklusif Rahmatan Lil ‘Alamin. Persoalannya, di mana kita?” soal beliau.

“Selain murid-murid, para guru, para kakitangan, para ibu bapa, pembekal-pembekal, jiran-jiran, pihak berkuasa dan sekolah-sekolah lain juga antara kumpulan sasaran dalaman dan persekitaran yang patut kita santuni agar mesej yang dibawa menerobos ke setiap akar umbi,” ujar Jusni.

Beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk “Menerobos Akar Umbi: Peranan Amal Dakwah dan Tarbiah Muallimin dan Muallimat di Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam” dalam Majlis Taklimat Tarbiah IKRAM MUSLEH (MTTIM) 2018 pada 1 Disember lalu di Auditorium Rashdan Baba, UPM di sini.

Seramai lebih 283 peserta ke program tahunan yang bertemakan “Murabbi IKRAM MUSLEH: Daie, Murabbi, Mujahid” ini yang terdiri daripada para pengurus tarbiah, para pendidik dan staf sekolah-sekolah rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Majlis turut diserikan lagi dengan ucaptama daripada ilmuan terkenal, Tan Sri Emeritus Prof Ulung Dr Mohd Kamal Hassan yang bertajuk “Hubung kait antara Ilmu Sains dan Tarbiah Islamiah.”

“Orang yang mempunyai akal yang murni dan bersih daripada kekotoran serta sedar terhadap realiti Hari Akhirat, mereka amat bimbang seandainya pada Hari Akhirat nanti mereka akan di masukkan ke dalam neraka akibat daripada aktiviti, kelakuan atau sikap mereka yang bertentangan dengan hukum-hukum Allah SWT,” ujar beliau dalam ucaptamanya.

Tambah beliau lagi, lantas mereka memohon ampun dan belas kasihan Allah SWT atas kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan.

“Sikap ulu al-albab seperti itulah yang harus dijadikan model ikutan oleh para ilmuwan yang mendalami ilmu sains.  Sifat-sifat dan sikap sedemikian merupakan natijah daripada tarbiah Islamiah, satu proses pembangunan insan secara holistik dan bersepadu yang berlainan sama sekali dengan proses pendidikan sains sekular dan moden.”

Dalam perkembangan berkaitan, perbincangan menarik mengenai ucaptama yang disampaikan itu dirancakkan lagi dengan perkongsian bermanfaat daripada Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Nur Jannah Hassan mengenai “Sains Tabi’i Daripada Pandangan Semesta al-Quran: Suatu Paradigma Penting dan Perlu dalam Tarbiah.”

Pada sebelah petangnya pula, Konsultan Pendidikan IKRAM MUSLEH, Sheikh Mohamed Hamed Eliwa menyampaikan pengisiannya yang santai dan bersahaja bertajuk “Kepentingan Tarbiah dan Pembinaan Insan” yang menjelaskan ciri-ciri yang perlu ada dan diamalkan oleh pendidik dalam mendidik generasi Rabbani.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia