Pencerobohan Masjid al-Aqsa: Himpunan ‘Hari Kemarahan’ Jumaat ini

Perhimpunan akan bermula selepas selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah tindakan rejim Zionis yang melindungi orang Yahudi yang menceroboh dan menyerbu masuk Masjid al-Aqsa serta bertempur dan menangkap umat Islam di sana pada 13 September yang lalu, sempena Tahun Baru Yahudi.

“Sejak akhir-akhir ini, Masjid al-Aqsa telah mengalami serangan dan penafian hak oleh Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini di mana Israel telah mencuba mengenakan pembahagian al-Aqsa dari sudut masa dan ruang, dengan orang Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid al-Aqsa bagi memberi akses kepada orang Yahudi pada ketika-ketika tertentu.

“Tindakan ini melanggar hak orang Islam ke atas al-Aqsa,” jelas Setiausaha IKRAM, Hj Nahar Md Nor.

Beliau turut memohon seluruh ahli IKRAM terutamanya yang tinggal di Lembah Klang dan yang berdekatan untuk hadir ke perhimpunan aman ini bagi membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis terhadap masjid suci umat Islam tersebut.

Senarai NGO yang bergabung dalam Gabungan Save Al-Quds:

1. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
2. Aqsa Syarif (MyCARE)
3. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Viva Palestina Malaysia (VPM)
6. Palestinian Cultural Organization (PCOM)
7. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
8. Yayasan Restu
9. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
10. Pardana Global Peace Foundation (PGPF)
11. Global Peace Malaysia (GPM)
12. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Palestinian Students Association
15. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
16. Institute of Excellence for Islamic Jerusalem Studies
17. Palestine Centre of Excellence (PACE)
18. Muslim Care
19. Malaysian Life for SYRIA (MLL4S)
20. Rose to Rose (R2R)
21. SALIMAH (Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia)
22. TERAS (Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu)
23. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia)
24. Ittihad Ulama Lil Muslimin, Malaysia
25. Rahmat Care
26. Jaringan Muafakat NGO Islam Perak
27. Citizens International
28. Al-Nedaa Foundation
29. Amal Foundation of Malaysia
30. Aman Palestin

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia