PenaWan usaha lahirkan penulis dakwah

Bengkel anjuran Media Wanita IKRAM Kelantan dengan kerjasama IKRAM Siswa Kelantan, Jawatankuasa Belia dan Remaja (JKBR) dan Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) ini dirasmikan oleh Dr Norhani Abd Rani, Ketua Wanita IKRAM Kelantan, yang dihadiri 25 orang peserta.

Menurut Nik Fatma Amirah Nik Muhamad, penulis buku ‘Sisi Terlindung’ yang mengendalikan bengkel tersebut, penulisan hendaklah dipupuk dan pengalaman beliau sendiri sebelum ini sememangnya suka menulis nota daripada majlis-majlis ilmu yang dihadiri.

Nota tersebut seterusnya dikongsikan dengan mereka yang tidak dapat hadir dan daripada situ, akhirnya berhasillah penulisan seperti yang ada sekarang ini.

Dalam pada itu, beliau turut kongsikan tip-tip dalam penulisan di samping mengetengahkan teknik-teknik penulisan artikel, isu semasa dan kenyataan media.

“Yang utamanya, tulis dan jangan menulis dengan emosi, tulislah dengan rahmah,” demikian saranannya.

Dalam sesi kedua, peserta bengkel penulisan dibahagikan mengikut kumpulan untuk membincangkan peranan masing-masing dan tajuk yang sesuai untuk ditulis mengikut keperluan untuk dibentangkan bagi mendapat maklumbalas daripada peserta lain.

Sebanyak enam tajuk yang dibentangkan oleh semua kumpulan dan berpotensi ditulis dalam bentuk artikel untuk dibukukan oleh Media Wanita IKRAM Kelantan.

Majlis diakhiri dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Media IKRAM Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim dengan mengetengahkan nama seorang tokoh penting pada zaman Umayyah di Cordoba iaitu Lubna of Cordova.

“Jika Lubna of Cordova terdapat namanya di Wikipedia dunia, tidakkah kita sekurang-kurangnya mahu nama kita terdapat di Wikipedia akhirat?” soalnya kepada para peserta.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh Nik Fatma memberi inspirasi dan keyakinan kepada wanita di Kelantan untuk menulis seterusnya menghasilkan artikel yang bersesuaian dengan keperluan dakwah dan isu semasa.

“Masyarakat perlu didedahkan kepada bahan-bahan bacaan yang boleh membimbing mereka kepada sebuah cadangan penyelesaian kepada isu-isu yang berlegar,” tegas Dr Hafidzah yang juga Timbalan Ketua Wanita IKRAM.

Sumber: Wanita IKRAM Negeri Kelantan

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia