PenaWan cipta sejarah himpun penulis Wanita IKRAM

Himpunan hasil garapan idea dan anjuran Jawatankuasa Media Wanita IKRAM Malaysia merupakan salah satu usaha menghimpunkan penulis-penulis Wanita IKRAM di peringkat nasional. 

“Penulis-penulis yang hadir adalah daripada pelbagai latar belakang dan usia, serata Malaysia, menjadi permulaan kepada Wanita IKRAM untuk terus ke hadapan lagi di arena penulisan dan dakwah tanah air,” ujar Pengarahnya Puan Nor Ashikeen Abd Hamid.

Beliau berkata, antara objektif perhimpunan ini ialah bersama merangka agenda penulis Wanita IKRAM, melancarkan Sahabat PenaWaN, menggalakkan Wanita IKRAM menulis dan menyebarkan dakwah melalui penulisan.

“Mengangkat tema ‘Menangani Keganasan Terhadap Wanita’, Wanita IKRAM berusaha agar tulisan yang dihasilkan itu berpijak di bumi yang nyata dan setrusnya memberikan solusi kepada cabaran dan permasalahan yang dihadapi wanita di dalam dan di luar negara.”

Tambahnya lagi, berikutan isu-isu yang keganasan yang melanda wanita masa kini, maka inisiatif Wanita IKRAM mengguna pakai tema itu sebagai mengangkat dan memberi perhatian kepada kaum wanita agar lebih peka dan memahami hak-hak mereka supaya tidak terus terabai.

    

Perasmian himpunan, sidang pleno penulis Wanita IKRAM dan para peserta himpunan

“Kami juga turut melancarkan kempen tersebut pada hari yang bersejarah ini, seterusnya menggalakkan para penulis yang hadir menyahut tema ini untuk di dalam garapan hasil karya mereka,” kata Nor Ashikeen.

Beliau berkata PenaWan yang dihadiri 92 orang ini, diharap menjadi pencetus kepada Wanita IKRAM agar dapat melahirkan pelapis-pelapis dalam pelbagai bidang penulisan. 

“Selain itu diharapkan, mereka dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu lagi berkualiti untuk dakwah hingga apa yang dituliskan itu sampai kepada hati-hati manusia yang membacanya, insya-Allah.”eliau berkata PenaWan yang dihadiri 92 orang ini, diharap menjadi pencetus kepada Wanita IKRAM agar dapat melahirkan pelapis-pelapis dalam pelbagai bidang penulisan.

Himpunan PenaWan ini turut diserikan dengan perkongsian para penulis Wanita IKRAM yang telah menempa nama di persada tanah air seperti Dr Umi Kalthum Ngah, Ustazah Maznah Daud, Dr Raudhah Yunus, Ir Endok Sempo Mohd Tahir dan beberapa penulis lainnya.

Ucapan perasmian dan pelancaran PenaWan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP), Puan Padilah Hj Ali.

Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan Timbalan Ketua Wanita yang juga selaku Penasihat PenaWan, Dr Hafidzah Mustakim serta beberapa Jawatankuasa Pusat Wanita turut hadir pada Himpunan PenaWan ini.

Lagi foto PenaWan: http://on.fb.me/1RuAtrK

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia