Penagih Dadah di Malaysia: Penjara Bukan Tempatnya

Masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang di negara ini semakin membimbangkan, sekali gus menuntut segera langkah penyelesaian tuntas sebelum keadaan menjadi semakin mudarat.

Mengikut statistik, trend bagi tempoh tiga bulan pertama tahun 2023 lalu sahaja, jumlah penyalah guna dan penagih dadah serta bahan terlarang yang direkodkan adalah sebanyak 103,760 orang. Angka itu menghampiri jumlah keseluruhan dalam tempoh satu tahun bagi tahun 2022 sebelumnya iaitu sebanyak 137,176 orang.

Data ini diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP).

Statistik penyalah guna dan penagih dadah di Malaysia pada 2023 adalah sekitar 145,000. Golongan muda berusia 19 hingga 39 tahun yang terjebak dengan najis dadah sekitar 90,000 orang, manakala 40 tahun ke atas sekitar 50,000 orang.

Amat membimbangkan kita bahawa jika kelompok golongan muda ini tidak diuruskan dengan baik, ia akan memberi kerugian besar kepada negara.

Kenapa terus buat perkara tak berkesan?

Beberapa penjara di negara ini semakin sesak, terutama selepas menerima jumlah tahanan berkait dengan penyalahgunaan dadah.

Hingga September tahun lalu, sebanyak 75,379 tahanan atas pelbagai kesalahan berada di penjara seluruh negara, sekali gus melebihi kapasiti rasmi kemudahan di seluruh negara iaitu hanya 69,816 banduan.

Kesesakan paling tinggi dilaporkan di dua institusi penjara di Kelantan iaitu Pengkalan Chepa dengan kapasiti kemudahannya melebihi 129.67 peratus serta Machang (29.68 peratus). Ia diikuti Marang, Terengganu yang melebihi 105.8 peratus, Penor di Pahang (79.32 peratus) dan Jelebu, Negeri Sembilan (67.75 peratus).

Berapa ramai penagih dadah dipenjarakan?

Secara keseluruhan, banduan dalam penjara itu, paling tinggi, iaitu 70.4 peratus atau 53,072 adalah mereka yang disabitkan kesalahan dadah, diikuti kesalahan bukan berkaitan dadah, iaitu 22,307 individu (29.6 peratus).

Pada hakikatnya, tindakan memenjarakan penagih ini telah menunjukkan bahawa secara statistiknya, setelah mereka dibebaskan, 80 peratus penagih akan kembali kepada kehidupan penagihan. Hal ini bermakna lapan daripada 10 orang akan kembali menjadi penagih selepas bebas dari penjara.

Inilah bukti bahawa pemenjaraan bukan penyelesaian masalah ketagihan dan amat mustahil boleh membantu masalah penagih dadah malah menutup peluang untuk rawatan dan pemulihan mereka.

Satu penyakit bukan penjenayah

Baru-baru ini, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang tidak bersifat menghukum atau pemenjaraan lagi, telah dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

Usaha ini membawa semangat yang jelas dalam usaha menyahjenayahkan atau dekriminalisasi penagih dan penyalah guna dadah. Ia mampu menyediakan ruang dan peluang seluas-luasnya untuk merawat masalah penagihan serta penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Ia selaras dengan usaha kerajaan yang telah membincangkan dan memulakan usaha ke arah menyahjenayahkan penagih atau penyalahgunaan dadah sejak 2016  dan selaras dengan dunia menerusi Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC),  yang mengklasifikasikan penagih sebagai pesakit. Ia juga selari dengan kajian ilmiah dan definisi penagihan sebagai penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun, akta yang dibentang dan dibahas di Parlimen pada minggu lepas dilihat masih mempunyai dasar menjurus kepada penghukuman mereka yang menyalahgunakan dadah.

Ia adalah seperti hukuman denda dan khidmat dalam komuniti serta hukuman kemasukan mandatori ke dalam pusat pemulihan jika melanggar syarat.

Perkara sebegini bertentangan dengan hasrat untuk menyahjenayahkan penagihan dadah dan untuk menganggapnya sebagai sejenis penyakit perubatan dan kesihatan.

Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 buat masa ini ditangguhkan dan telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penelitian lanjut.

Perkara ini penting bagi memastikan usaha seterusnya pindaan RUU Penagih Dadah ialah melakukan libat urus inklusif dengan pihak berkepentingan termasuk KKM, NGO dan pusat rawatan swasta untuk mengenal pasti rawatan terbaik bagi penagih dadah yang sangat rencam kategori ketagihan dan keadaannya.

Selain itu, yang juga terbukti berkesan ialah pendekatan memasukkan nilai dan ajaran agama kerana menurut bekas penagih, kaedah rawatan dan program yang mementingkan kasih sayang dan didikan agama lebih efektif dalam membantu mereka keluar daripada kancah penagihan dadah.

Sayugia diingat bahawa dalam kita membicarakan topik gejala dadah ini, kita menyimpulkan bahawa pengambilan dan penggunaan dadah yang menghilangkan pertimbangan waras dan fungsi akal atau penyalahgunaannya adalah tetap haram dalam syariah.

Ia mesti ditegah dan dicegah. Ia menyamai istilah khamar yang digunakan untuk semua bahan yang memabukkan, mengkhayalkan, menjadi punca penagihan, pergantungan, perubahan tingkah laku dan sebagainya.

Namun hukuman dan kategori kesalahan sama ada dalam kategori jenayah atau sebagainya tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa berdasarkan apakah maslahah terbaik untuk rakyat dan negara.

Sabda Rasulullah SAW (maksudnya):

“Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.” (Riwayat Muslim)

“Janganlah kamu melemparkan diri kamu ke lembah kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

Faridah Maludin
Unit Putusan Rantaian Dadah
Kluster Masyarakat Progresif
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia