Penubuhan Sayap Pemuda IKRAM diluluskan DPN

SERI KEMBANGAN – Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM baru-baru ini telah meluluskan Undang-undang Sayap Pemuda IKRAM 2021.

 

Kelulusan pada persidangan DPN pada 27 November lalu membolehkan Sayap Pemuda IKRAM wujud sebagai sebuah sayap rasmi pemuda bagi IKRAM pada tahun 2022.

 

“Sayap Pemuda ini berperanan sebagai sayap rasmi yang membawa suara dan menyuburkan pengehakupayaan anak muda dalam IKRAM,” menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa.

 

Tambahnya, pemimpin Sayap Pemuda IKRAM ini akan dipilih melalui Sistem Pemilihan bersama-sama dengan pemilihan IKRAM di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan bermula pada Februari 2022 nanti.

 

Sebelumnya pada persidangan DPN pada 21 Ogos lalu telah mewujudkan 10 Kerusi DPN Muda untuk diisi oleh anak muda berumur bawah 35 tahun bermula pada pemilihan akan datang, dalam rangka mengangkat suara anak muda dan rejuvenasi IKRAM.

 

“Semoga semua usaha-usaha ini memberi hak, ruang dan peningkatan dalam pelbagai aspek kepada anak muda IKRAM sebagai pewaris dakwah.”

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia