Pemimpin kudeta Mali ambil alih kuasa

BAMAKO – Kolonel Assimi Goita yang telah menggulingkan dua presiden Mali baru-baru ini mengisytiharkan akan mengambil alih kuasa sehingga pilihan raya secara demokratik yang dijangka berlangsung, setelah beliau dilantik sebagai presiden sementara pada Isnin di sini.

 
Mahkamah Perlembagaan negara itu menyatakan bahawa Goita, komandan pasukan khas, 38, sebagai presiden bulan lalu setelah menggulingkan Presiden sementara Bah Ndao, tetapi dia secara rasmi mengangkat sumpah pada hari Isnin semasa upacara yang diadakan di ibu kota, Bamako.

 

Apa yang mengejutkan, beberapa jam setelah dilantik, Goita melantik pula pemimpin pembangkang dan mantan menteri Chogoel Maiga sebagai Perdana Menteri.

 

Namun, pelantikan Maiga sebagai perdana menteri belum tentu akan memuaskan rakyat Mali dan sekutu tentera negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat, yang menuntut pemerintahan yang dipimpin oleh orang awam.

 

Berikutan itu, Goita mendapat tekanan daripada negara-negara yang risau akan tercetusnya rusuhan politik di Mali seterusnya akan melemahkan ketahanan ketenteraan di Sahel bagi memastikan pilihan raya pada Februari tahun depan berlangsung sebagaimana yang dijadualkan.

 

Akan tetapi para penasihatnya telah mengisyaratkan bahawa jadual yang telah dirancang itu mungkin berubah.

 

“Situasi ini memberi kita peluang untuk membawa peralihan kembali ke jalan yang diinginkan rakyat,” kata Goita.

 

Beliau turut menyatakan komitmen untuk menerapkan langkah-langkah yang diperlukan untuk kejayaan fasa peralihan kuasa tersebut, terutama pilihan raya yang adil, telus dan dapat dipercayai yang akan berlangsung tepat waktu yang seharusnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia