Pemergian Ustaz Taufiq Ridho, mantan Sekjen PKS: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Almarhum Ustaz Muhammad Taufiq Ridho, mantan Sekretaris Jenderal (Setiausaha Agung) Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia ke hadrat Ilahi pada jam 1.05 pagi tadi.

IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada isteri serta keluarga Almarhum, juga kepada Presiden, pimpinan dan anggota-anggota PKS atas kehilangan tokoh yang telah banyak berjasa ini.

Almarhum Ustaz Taufiq, 52, bapa kepada tujuh anak meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta, dikenali sebagai pakar ekonomi syariah dan menjadi anggota dewan pengawas syariah untuk bank swasta berasaskan syariah.

Almarhum juga terlibat aktif dalam pembangunan dakwah dan tarbiah di rantau Asia Pasifik terutamanya dalam kalangan anak muda. Darah seni juga mengalir dalam dirinya dengan menjadi ahli kumpulan Shoutul Harakah yang banyak mendendangkan lagu-lagu yang memberikan semangat dakwah dan inspirasi kemanusiaan.

Semoga ahli keluarga, sahabat handai Almarhum dan seluruh anggota PKS dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas kehilangan tokoh yang banyak berjasa dalam dakwah, tarbiah dan kesenian ini.

Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari akan mewakili IKRAM bagi menziarahi keluarga Almarhum dan pimpinan PKS, insya-Allah.

Semoga segala sumbangan dan jasa bakti Almarhum untuk ummah diterima Allah SWT, melayakkan beliau berada dalam kalangan amilin dan solihin, Amin.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia