Pemergian Almarhum Hj Shahrul Aman: Ucapan Takziah Khas IKRAM

Pemergian Almarhum Hj Shahrul Aman: Ucapan Takziah Khas IKRAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللهم اغفرله وارحمه وعافهم واعف عنه

Ya Allah, ampunilah dosanya, limpahkan rahmat-Mu ke atasnya, sejahterakan dan maafkanlah dia.

Dengan penuh rasa dukacita, kami menerima berita pemergian ke rahmatullah Almarhum Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung IKRAM, pada hari Isnin, 28 April 2025 (29 Syawal 1446 H).

Almarhum merupakan seorang tokoh yang gigih dalam perjuangan dakwah dan pembangunan umat. Semasa menuntut di London, beliau aktif dalam gerakan persatuan pelajar Islam di United Kingdom melalui Majlis Syura Muslimun (MSM).

Almarhum pernah berkhidmat di MIMOS sebelum membuat keputusan meninggalkan kerjaya tersebut demi mengabdikan sepenuh jiwa dan raga untuk berkhidmat kepada IKRAM. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Pengerusi BERSIH.

Sesungguhnya, seluruh keluarga besar IKRAM amat berdukacita atas pemergian saudara yang kami kasihi ini, Almarhum Hj Shahrul Aman.

Pemergian Almarhum juga merupakan satu kehilangan besar kepada gerakan Islam di tanah air dan di peringkat antarabangsa.

Sepanjang hayatnya, Almarhum telah menzahirkan kepimpinan yang luhur — penuh dengan komitmen, dedikasi dan keikhlasan dalam menggerakkan agenda dakwah, tarbiah, perpaduan, kemanusiaan dan islah di Malaysia.

Hidupnya dihabiskan sepenuhnya untuk Islam, perjuangannya tidak pernah mengenal erti lelah dan putus asa. Beliau kekal sebagai seorang yang menginfakkan seluruh kehidupannya di jalan Allah SWT, memperjuangkan kebenaran dengan sepenuh hati dan jiwa sehingga ke hela nafas terakhir.

Kami menjadi saksi atas seluruh perjuangannya sepanjang hayatnya. Kami akan merindui Almarhum. Semoga kerinduan ini menjadi semangat berterusan bagi kami meneruskan perjuangan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atasnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan kepada ahli keluarga Almarhum — isteri serta anak-anak beliau — dalam menghadapi ujian besar ini.

Semoga Allah SWT menggantikan kehilangan ini dengan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang lebih baik di sisi-Nya.

Amin ya Rabbal Alamin.

Khubaib Azahari
Penolong Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia
29 Syawal 1446 H / 28 April 2025

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia