Pembunuhan di Mesir: Kenyataan Media Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

GBM kesal dengan sikap acuh tak acuh dan kebisuan masyarakat antarabangsa terhadap rampasan tentera dan pembunuhan terdahulu yang kini membawa kepada pembunuhan beramai-ramai yang ngeri.


Kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menegakkan rukun-rukun asas demokrasi dan hak asasi manusia di Mesir telah bertanggungjawab secara langsung di atas pembunuhan berdarah tersebut.


Peranan beberapa negara di Barat dan petro-monarki negara Teluk yang membolot daripada pembunuhan tersebut layak menerima kecaman khas.

GBM mendesak:

1. Semua negara dan rakyat yang percaya kepada pilihan raya yang adil dan bebas serta keabsahan yang dibawa oleh demokrasi, untuk utuh menyokong penentang rejim tentera di Mesir dan membantu ke arah pemulihan demokrasi
2. Semua pembunuhan dihentikan serta merta dan pihak Tentera untuk kembali ke berek mereka
3. Presiden yang dipilih secara demokratik dikembalikan semula dengan segera
4. Parlimen dan penggubal undang-undang yang dipilih untuk segera meneruskan kewajipan legislatif mereka untuk menegakkan kehormatan Perlembagaan Mesir


GBM menggesa Kerajaan Malaysia untuk:

1. Mengecam pembunuhan terkutuk di Mesir dan menuntut pemberhentian sebarang pembunuhan serta kekejaman ke atas penunjuk perasaan yang aman
2. Mengutuk rampasan tentera dan kerajaan tidak sah serta mendesak pengembalian semula Presiden yang dilantik secara demokratik dan semua penggubal undang-undang
3. Mempengaruhi negara-negara OIC untuk mengkajisemula keahlian Mesir
4. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyegerakan usaha antarabangsa bagi menghentikan pembunuhan


Dikeluarkan oleh Majlis Eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia
16 Ogos 2013


** Nota: GBM terdiri daripada 25 pertubuhan bukan kerajaan di bawah:

1. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
2. Aliran
3. Tamil Foundation
4. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
5. Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha; Krisitian; Hindu; Sikh dan Tao (MPMA-BKHST)
6. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
7. Penang Chinese Town Hall (PGCTH)
8. The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ)
9. Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)
10. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
11. Muslim Professionals Forum (MPF)
12. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
13. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
14. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
15. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
16. National Indian Rights Action Team (NIAT)
17. Peoples Green Coalition (PGC)
18. Anak Muda Sarawak (AMS)
19. All Women’s Action Society (AWAM)
20. Partners in Community Organising (Pacos Trust)
21. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua)
22. Nanyang University Alumni Malaya (Nanda)
23. Japan Graduates Association, Malaysia (JAGAM)
24. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (GPAUTM)
25. Islamic Renaissance Front (IRF)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia