Pemberontakan Zanj, gaji rendah dan syukur

Hakikatnya perkara ini telah wujud lama dalam sejarah apabila bayaran gaji mereka tidak dibayar setimpal dengan kerja mereka. Perkara ini boleh dilihat dalam sejarah kerajaan Abbasiah di mana mereka yang dibayar murah ini akhirnya memberontak dan melawan kerajaan.

 

Zanj ini merujuk kepada daerah orang yang berkulit hitam di selatan Afrika.  Mereka ini telah menjadi hamba tentera dalam ketamadunan Islam pada zaman Abbasiah ketika itu.

 

Pemberontakan ini berlaku sekitar tahun 869-883 Masihi apabila beberapa orang pemilik tanah di Basrah telah membawa ribuan orang kulit hitam ke selatan Iraq untuk bekerja di paya garam di timur Basrah. Pemilik-pemilik tanah ini menjadikan hamba yang tidak fasih berbahasa Arab sebagai buruh hamba yang berat dan hanya memberi mereka sedikit gaji. 

 

Gerakan ini diketuai oleh Ali bin Muhammad yang mendakwa bahawa beliau keturunan dengan Ali bin Abi Talib. Ali bin Muhammad ini mengambil kesempatan ini menggunakan hamba yang disuruh lakukan kerja dan dibayar dengan gaji yang sedikit ini untuk menjayakan agenda politik beliau untuk bersama dengan beliau dan menjanjikan ganjaran yang besar kepada hamba-hamba ini seperti harta dan wang yang banyak dan merdeka. 

 

Pada awalnya pemerintah Abbasiah tidak mengambil endah terhadap pemberontakan ini. Akan tetapi selepas tentera Zanj ini berjaya mengalahkan tentera Abbasiah dan akhirnya ia mendapat perhatian pemerintah.

 

Ahli sejarah, al-Mas’udi mengatakan bahawa dalam pemberontakan ini, seramai 300,000 orang dibantai dan sebahagian sarjana yang lain mengatakan 10,000 hingga 20,000 orang penduduk dibunuh di Basrah. Ini jelas menunjukkan bahawa hamba-hamba ini menjadi tentera dan mereka hanya mengikut apa sahaja yang ketua mereka arahkan, tidak kira sama ada cara mereka itu baik mahupun buruk.

 

Banyak strategi perang yang digunakan oleh pemimpin tentera khalifah, al-Muwaffaq untuk mengalahkan golongan Zanj ini. Antaranya ialah beliau menawarkan jaminan keamanan dan jaminan yang baik-baik kepada golongan ini jika mereka bertaubat dan tidak mahu menentang Abbasiah, dan akhirnya ramai dalam kalangan mereka yang mendatangi khalifah meminta jaminan keamanan. 

 

Dengan taktik ini, al-Muwaffaq akhirnya mampu mengalahkan tentera Zanj sehingga ramai antara mereka ini melarikan diri kemudian dikejar, ditangkap dan dibunuh. Golongan Zanj daripada hamba ini jika tidak dihalang, pasti mampu menghancurkan Baghdad sepertimana yang dilakukan oleh tentera Tartar.

 

Ini adalah sejarah yang berlaku dan isu gaji yang sedikit ini masih wujud pada hari ini. Menuntut hak kita untuk mendapat gaji yang setimpal adalah perkara yang wajar akan tetapi memberontak sampai berbunuhan adalah perkara yang memalukan. 

 

Orang politik sentiasa mengambil kesempatan mereka terhadap isu semasa untuk menjayakan agenda politik mereka seperti yang dilakukan oleh Ali bin Muhammad.

 

Sebagai rakyat biasa, menuntut hak kita untuk dinaikkan gaji adalah suatu kewajaran, tapi biarlah melalui saluran yang benar dan tidak menumpahkan darah. Sebagai Menteri yang gajinya puluhan ribu ringgit dan hanya bercakap tentang syukur, baikilah kerja kalian, kerana rakyat biasa bercerita pada Tuhan.

Irham bin Masiri

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia