Pemantapan keluarga: LPPKN alu-alukan kerjasama Wanita IKRAM

“Kami amat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada pihak NGO luar untuk bersama-sama membantu menjayakan program pemantapan wanita, keluarga dan penduduk di negara ini,” kata Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN dalam ucapannya ketika kunjungan hormat Wanita IKRAM ke Ibu Pejabat LPPKN semalam.

Delegasi kunjungan yang diketuai Dr Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM telah disambut oleh Dato’ Dr. Siti Norlasiah sendiri bersama beberapa pegawainya dalam suasana penuh harmoni dan mahabbah.

  

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan Wanita IKRAM dan mendapatkan sokongan daripada LPPKN dalam menjayakan program-program pemantapan keluarga serta pembangunan, pembelaan wanita dan kanak-kanak yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM.

Sementara itu, Setiausaha Wanita IKRAM, Prof Madya Dr Sabariah Baharun turut berpeluang membentangkan kertas kerja program kerjasama berkenaan “Pemantapan Budaya Kerja Mesra Keluarga” kepada Ketua Pengarah dan para pegawai LPPKN.

Turut bersama menyertai kunjungan adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat, Wanita IKRAM Selangor dan Wanita Wilayah Persekutuan serta wakil Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI IKRAM) dan Unit Pemantapan Keluarga Ahli (PEKA).

Mewakili Wanita IKRAM, Dr Hafidzah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak LPPKN, terutamanya Dato’ Dr. Siti Norlasiah yang sudi menerima kunjungan dan menyambut baik kerjasama erat ini.

Beliau mengharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan lagi dengan program-program susulan yang relevan dan berkesan demi memacu perubahan yang lebih baik terutamanya dalam aspek pemantapan dan pembelaan wanita, keluarga dan masyarakat amnya, insya-Allah.

Foto kunjungan: http://bit.ly/2f3m1ga

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia