Pemansuhan hukuman mati: Runding dengan semua pihak sebelum bentang di Parlimen

IKRAM mengikuti dengan dekat cadangan Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini. Cadangan yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), YB Datuk Liew Vui Keong telah mendapat banyak reaksi daripada pelbagai pihak; ada yang mengalu-alukan dan tidak kurang pula yang membantah.

IKRAM menyarankan agar pihak Kerajaan mengadakan perundingan dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak sebelum membentangkan cadangan pindaan ini di Parlimen.

Pakar undang- undang (sivil dan syariah), alim ulama, pimpinan daripada semua agama dan ilmuan serta aktivis sosial adalah antara pihak yang perlu dilibatkan dalam proses perundingan ini.

Pemansuhan hukuman mati mandatori sudah tentu akan membawa pelbagai implikasi dari sudut agama dan sosial, dan ini memerlukan penelitian yang mendalam.

IKRAM ingin menyatakan kesediaannya untuk terlibat dalam proses perundingan ini melalui institusinya, IKRAM Legal yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan dalam bidang sivil dan syariah.

Semoga dengan pendekatan rundingan ini, satu penelitian yang lebih holistik dapat dilakukan dan satu undang-undang yang adil kepada semua pihak dapat dihasilkan.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia