“Selain itu, pertemuan ini adalah untuk mencari peluang bekerjasama,” ujar Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim ketika memulakan ucapannya.
Dalam pertemuan itu, beliau membentangkan mengenai Wanita IKRAM dan Pertubuhan IKRAM Malaysia serta agensi yang berada di bawahnya.
“Terima kasih kepada JK Wanita IKRAM kerana sudi menyambut kehadiran kami,” kata Pengerusi Gerakwanis, Puan Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan.
Tambahnya lagi, sangat lengkap penerangan yang diberikan Ketua Wanita IKRAM.
“Fokus Gerakwanis pula, lebih kepada membantu golongan wanita dan ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan atau pekerjaan di perumahan-perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA),” jelasnya ketika menerangkan tentang Gerakwanis.
Kata Bibi, kerana sering mendapat aduanlah, mereka tubuhkan Persatuan Gerakwanis ini.
“Ya, kami membantu mereka dari segi mendapatkan kerja iaitu sudut ekonomi, untuk menampung kehidupan keluarga dan pendidikan mereka.”
Gerakwanis menurutnya, sering menganjurkan program Tadarus dan Khatam al-Quran.
“Penglibatan yang paling ramai telah berjaya kami anjurkan ialah sebanyak 5,000 orang pada bulan lalu,” ujarnya lagi.
Program itu turut melibatkan wakil masyarakat di perumahan rakyat dan perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, JK Wanita IKRAM Pusat bersama JK Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan dan Selangor akan berbincang dan adakan kunjungan ke pejabat Gerakwanis,” demikian ujar Che Asmah setelah selesai pembentangannya.
Sebelumnya, JK Wanita IKRAM amat tertarik dengan perkongsian yang dipersembahkan Gerakwanis dan mereka berharap jalinan kerjasama ini akan berterusan dan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk program-program yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya dalam meningkatkan ekonomi dan pendidikan wanita, keluarga dan masyarakat setempat.
“Insya-Allah, moga ada yang dapat kita manfaatkan bersama.”
Pertemuan itu telah dihadiri oleh Naib Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Salleh, Jawatankuasa Pembelaan dan Pembangunan Kanak-kanak Puan Haliza Abdul Malik, Bendahari Puan Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir, Penolong Setiausaha Puan Siti Alawiah Sahri.
Manakala Gerakwanis turut disertai Nurul Aishah Zainal, Bendaharinya Hajah Rohana Abd Kadir dan Exconya, Pn Dalilah Ibrahim.